Sudah Bertahun hidup sebumbung, aku tak pernah masuk bilik dia. Yang peliknya kenapa banyak sarang labah2 kat pintu bilik dia macam tak pernah orang lalu.

Part 1. Peristiwa ini berlaku 2011. 3 tahun lepas aku konvo pada 2008. Pada 2010, aku dapat offer keje dengan sebuah bank di kl. Position aku plak, aku perlu bnyak outstation so sekaligus aku jarang ada di rumah. Aku pun carila rumah sewa area2 yang dekat dengan office aku.

Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dalam hati berlagak nak dok kondo). Sepajang 1 tahun dari 2010-2011 aku hanya stay sorang sebab lebih privasi dan lebih selamat.

Part 2. Penghujung tahun 2011 masa aku tgh bercuti di kampung. Aku dapat 1 panggilan dari no yang aku xkenal. . Aku pun jawab, borak punya borak.

Rupanya kawan lama aku masaa di universiti walaupun lain bidang dan falkuti. Firdaus nama dia, dia kol aku sebab nak sewa rumah dengan aku sekali.

Pada mulanya, aku agak pelik. Mcm mana dia blh tau aku dok sorang2. Dan mcm mana dia blh tau no aku. Aku pun balik kl jumpa dia, dan bincang soal sewa rumah. Walaupun aku sendiri mcm blur2 kenapa aku blh setuju dia jadi housmate aku

Part 3. Bermula la cerita aku duduk serumah dengan hantu. aka housemate aku hantu. Awal tahun 2012. Firdaus pun masuk la dalam rumah aku. Di guna bilik yang dekat dapur. Walaupun ada lagi 2 bilik kosong didepan.

Bilik dia pilih tu agak kecik dari bilik2 yang lain. Malam first dia duk dengan aku, kami makan sama2. Cuma time solat jer aku xperasan dia sebab memerap dalam bilik.

Lepas tu sama2 lepak tgk tv sambil aku cerita la bidang keje aku yang kerap outstation. Dia pun mcm ok jer. Dia cerita dia selalu busy keje kadang balik lewat2 malam kul 1-2 pagi. Aku xsyak ape2 sebab bagi aku normal la keje di kl balik 1-2pagi. So habis disitu je malam tu.

Part 4. Hampir 6 bulan aku duk serumah dengan dia. Dalam tempoh tu aku hanya ada dirumah dengan dia 2-3minggu jer. Selebihnya banyak outstation. Satu pagi tu, aku terserempak dengan jiran aku. Bertanya khabar. Dia tny aku, .

Jiran : adam duduk sorg ke? Atau dengan kawan
Aku : xla abang. Saya duduk dengan kwn. Kami berdua jer

Jiran : yeker (lepas tu di mcm nak cepat2 blah dari aku). Tapi aku xambil port sangat pasal jiran aku tu. Berlalu mcm tu jer. Masa terus berjalan. Tiba bulan puasa.

Si firdaus ni ckp kat aku. Sepanjang bulan puasa dia kena balik kg. Dia dh apply cuti smp raya. Ok jela. Xtny2 lebih2

Part 5. Habis puasa dan raya. Dia pun balik dari kg. Kebetulan aku xbnyk keje, boleh la spedtime dengan housemate al maklum la mood rayakan 1 bulan. Pada 1 malam tu dalam kul 2 pagi, aku nampak dia kat dapur tgh masak2.

Aku dh pelik, kenapa dia masak tgh2 malam sebab baru je balik mkn dengan aku. Itu xper lagi. Aku masih buat xtahu jer. Aku positive jela. Last2 berlalu mcm tu jela. Selang xberapa lama lepas tu. Dalam 3-4 hari lepas peristiwa masak tu. Aku balik lewat malam dalam kul 3 pagi.

Masuk jer dalam rumah aku dh meremang bulu roma. Rasa semacam jer dalam rumah tu. Aku tergerak hati nak tgk bilik dia. Mcm gelap jer, aku ketuk2 la pintu. Dia bangun buka pintu dengan muka mengantuk. So aku lega sebab ada kwn dalam rumah

Part 6. Esok pagi tu. Aku xmasuk keje. Time buat breakfast. Dia call aku ckp semalam dia xbalik rumah sebab balik kg. Aku terus terdiam, tiba2 je aku rasa seram sejuk siang2 hari celik. Hehe. Aku dh terfikir, ni kali kedua aku kena usik. Aku masih positive lagi.

Anggap itu xde ape2 hny hayalan menjelma. Disebabkan aku ambil cuti 2-3hari. Aku terajin la kemas2 rumah yang dah berselerak mcm tongkang pecah. Kemas punya kemas. Aku mcm pelik kenapa depan pintu bilik dia bnyk sarang2 labah. Mcm pintu tu xpernah orang buka. Sekali lagi aku hairan.

Part 7. Aku baru balik dari sabah selepas 2 bulan kt sana. Dalam keadaan yang penat dan letih sangat. Masuk dalam rumah, tgk dia dok tgk movie cerita hantu plak tu. Aku yang dh penat sgt, terus tertidur.

Aku terjaga dalam kul 4pagi. Sayup2 dalam bilik aku dgr mcm orang dok beborak di hall. Aku teruja nak tgk siapa yang dtg mlm2 buta. Aku nampak firdaus dok borak sorang2. Mcm nak terkeluar jantung aku. Sebab aku dgr mcm ramai orang dok borak dengan dia.

Part 8. Sepanjang 3tahun aku dok serumah dengan dia. Jiran2 aku yang baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah. Atau pagar rumah. Tp aku jer yang xambil kisah pasal tu. Sebab aku xkena usik pun dengan hantu.

Tiba la pd 1 malam tu. Dalam bulan puasa aku kat kg. Dia call jemput dtg makan kenduri di kg dia pada raya ke-7. Dia suruh aku jemput 2-3org kwn dtg kenduri di rumah dia. Aku on jer, dan xtny lebih2 pasal kenduri tu.

Last part. Tiba la masanya aku dn kwn u gerak g johor. Kg si firdaus tu. Lepas 3-4 jam smp la kerumah dia walaupun sesat gak sebelum jumpa rumah. Dan sepanjang sesat tula. Aku on call dengan dia mintak direction ke rumah dia. Sesampai di rumah dah agak lewat petang.

Orang xramai dah, . Family dia tny cari sape2. Aku jwb cari firdaus. Abang si firdaus ni kenal aku. So di jemput aku makan dulu nanti borak lain. Lepas makan dh kenyang perut. Abang dia jemput masuk dalam rumah. Bermula la soal jawab:

Abang dia :mcm mana ko tau ada kenduri aruwah?
Aku :firdaus yang jemput. Dia call bulan puasa haritu
Abang dia :dah lama ke ko contact dia?

Aku :dah 3tahun kami dok serumah. Sejak 2012 lagi.
Abang dia :adam. Ko xtahu ape2 ke? Ke ko tipu aku
Aku :xla. Aku pun tunjuk list di contact dalam hp aku
Abang dia :terkedu dan terkejut bila tgk hp aku ada msj dan call dari firdaus

Last2 ayah dia dtg tunjukkan surat kematian dia 2 tahun lepas akibat denggi. Terlopong mulut aku. Lemah habiss kepala lutut. Lepas tu aku terus pindah rumah. Sampai sekarang, aku terfikir. Kenapa dia cari aku *aku terpaksa letak nama samaran untuk kawan aku tu. Sebab nak jaga aib dia.

Apa kata anda dengan cerita kisah ini. Jika rasakan ianya menanrik boleh lah share dan komen sikit. Mana tanu korang ada pengalaman yg menakutkan jugak ke.

Be the first to comment on "Sudah Bertahun hidup sebumbung, aku tak pernah masuk bilik dia. Yang peliknya kenapa banyak sarang labah2 kat pintu bilik dia macam tak pernah orang lalu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*