“Sudah Nampakkan Yang Mana Sahabat, Yang Mana Musibat?” – Erma Fatima Tegur Umie Aida

Awal minggu lalu, pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di laman Instagram IG)nya selepas dikhian4ti sahabat baik sendiri.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga nama seorang aktres disebut-sebut warga net walaupun Umie tidak pernah menyatakan nama ‘sahabat’ itu.

Pagi tadi, Umie telah memuat naik sebuah lagi posting dan telah mendapat perhatian kakaknya sendiri, pengarah Erma Fatima.

Menerusi ruangan komen Erma pada mulanya hanya membuat teguran secara umum supaya menjadikan perkara yang berlaku kepada Umie sebagai pengajaran.

Erma turut berpesan jika mahu hidup senang, carilah hasil dari titik peluh sendiri supaya hidup lebih berkat dan rahmat.

Bagaimanapun respons tersebut telah dianggap sebagai kebudak-budakan oleh seorang warga net dan mengundang rasa kurang senang Erma yang disokong oleh pengguna laman sosial lain.

Mereka menganggap komen ditinggalkan @haizaron_barin itu sebagai kurang sopan dan berkemungkinan menggunakan akaun palsu.

Dalam pada itu menjawab komen pengguna warga net yang lain, Erma menegaskan dia bukan bersikap kebudak-budakan, tetapi tidak boleh berdiam lagi kerana perkara yang berlaku kepada Umie sudah berlarutan dua tahun.

“Maaf, saya bukan nak jadi budak-budak. Saya punya isu pun saya tak pernah masukkan dalam IG sebelum ini, tapi saya tak boleh tahan bila perkara ini dah berlaku dua tahun.

“Dah mohon maaf tapi masih buat. Dibodoh-bodohkan adik saya. Masih tak nak mengaku. Bila kita kata nak keluarkan semua bukti baru nak menggelabah.

“Saya pun tak minat nak main game sosial media ni, tapi orang tu meminta….,” tulisnya.

Dalam respon paling awal Erma kepada posting Umie, selain menasihatkan adiknya itu dia turut menganggap pelakon Dukun itu memiliki ‘sahabat’ kelakar.

“Dah terang lagi nak bersuluh pulak cik Umie Aida. Sudah-sudahlah, Allah dah tunjuk segalanya…Kau dah nampakkan terang-terang yang mana sahabat, yang mana musibat.

“Apa sangatlah erti sebuah persahabatan untuk digadaikan demi kesenangan yang diimpikan. Kelakar kawan hang ni,” tulisnya.

Sumber: gempak via berita steady

Umie Aida ‘Naik Hantv’, Zahida Rafik Bagi “Clue”?

Terdahulu kecoh mengenai pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendakwa dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.

Luahan perasaan Umie menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya itu mendapat pelbagai reaksi dan spekulasi oleh netizen di ruangan komen.

Malah, menerusi ruangan tersebut juga rakan-rakan artis turut berkongsi rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Umie.

Antara tulisan yang menarik perhatian ialah apabila sahabat karib Umie, pelakon Zahida Rafik membalas komen netizen yang menghentam dan menuduh Umie ‘mer0yan’.

Komen Zahida itu seperti memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga Umie sehingga menyebabkan dia membuat luahan sedih di IG.

“Saya harap suatu hari nanti ia akan berlaku kepada suami atau teman lelaki awak, selepas itu baru awak tahu apa rasanya. Jangan sesuka nak cakap saya batu api sebab awak tak tahu cerita, jadi…tolonglah ya,” tulisnya membalas komen seorang warga net.

Terdahulu, warga net tersebut meninggalkan komen seolah-olah mendakwa Zahida sebagai batu api kerana kerap berbalas komen dengan Umie.

Dalam pada itu menerusi IG story, Umie menjelaskan tujuan dia membuat pendedahan dikhianati sahabat baiknya itu bukan untuk mengaibkan sesiapa.

Sebaliknya hanya ingin meluahkan rasa sakit dan kecewa apabila dikhianati sahabat baik sendiri, apatah lagi ini bukan yang pertama kali.

“Aku pernah maafkan dia dan terima dia semula sebagai sahabatku. Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada.

“Dan aku ‘text’ dia dengan baik dan merayu untuk dengar penjelasan dia walapupun ku ada bukti kukuh. Jawapan dia… ‘Maaf kerana kesilapan itu’.

“Habis maaf sebelum ini apa? Tak ada makna ke? Aku penat jadi bodoh, jadi pemaaf…Tapi orang ambil kesempatan atas kelemahan aku, aku penat!

“Dan aku tak mahu cakap benda ni lagi, aku nak move on! Bye!,” luahnya.

Foto: Cari.com

Sumber: astrogempak

Umie Aida ‘Naik Hantv’, Zahida Rafik Bagi “Clue”?

Terdahulu kecoh mengenai pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida

mendakwa dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.

Be the first to comment on "“Sudah Nampakkan Yang Mana Sahabat, Yang Mana Musibat?” – Erma Fatima Tegur Umie Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*