“Saya tak harap apa2.” – Isteri A. Rahman Hassan tak sanggup tinggal di kediaman mereka lagi

Tengah malam semalam, industri seni Tanah Air telah dikejutkan dengan berita kehilangan penyanyi pop yeh yeh terkenal iaitu Dato’ A. Rahman Hassan selepas dilaporkan kritikal petang semalam oleh anaknya iaitu pelakon popular, Khir Rahman.

Selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat selepas waktu zohor tadi.

Tak harap apa-apa

Dato’ A. Rahman Hassan sebelum ini telah bernikah dengan pelakon terkenal iaitu Fadilah Mansor, 59 pada tahun 2014 dan hubungan kekeluarga antara pelakon wanita itu dengan anak-anak Allahyarham begitu akrab.

Menerusi Harian Metro, Fadilah Mansor telah menberitahu bahawa dia tidak mengharapkan apa-apa dari pihak suaminya kerana kasih sayang terhadap arwah adalah ikhlas walaupun usia perkahwinan mereka baru menjangkau 5 tahun.

“Saya tidak berharap apa-apa daripada pihak arwah suami.”

“Tidak mungkin saya boleh tinggal di kediaman kami kerana terlalu banyak kenangan indah dengan abang.” – Luahnya

Seorang yang sangat penyayang

Pelakon itu juga memberitahu masih bersedih dengan kehilangan suami tercinta kerana terkenangkan detik indah sepanjang perkahwinan mereka.

“Saya masih bersedih dengan kehilangan ini dan akan sentiasa mengenang detik indah kami bersama.” 

“Abang sangat menyayangi saya. Setiap masa dia berusaha ambil hati saya. Satu lagi sikap terpujinya ialah dia pandai ambil hati orang.”

Takziah buat seluruh ahli keluarga

Menerusi kenyataan isteri A. Rahman Hassan itu, rata-rata netizen berasa cukup terkesan dengan pemergian permata seni negara ini pada 9 Syawal 1440 Hijrah.

Mereka telah meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menurunkan ucapan takziah dan berharap agar seluruh ahli keluarga arwah tabah dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Semoga kuat hadapi dugaan

Memang sakit bila kehilangan orang tersayang

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya tak harap apa2.” – Isteri A. Rahman Hassan tak sanggup tinggal di kediaman mereka lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*