Saya minta maaf , saya dah cuba yang terbaik… – Fizo Omar

Kemelut rumahtangga pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim yang dikatakan berantakan, bagaikan semakin melarat.

Terbaharu, menerusi entri yang dimuat naik bapa kepada Wan Maryam itu , Fizo meminta kerjasama semua untuk memahami keadaan yang dihadapi keluarganya kini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 33, turut meminta maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan dan juga peminat yang prihatin dan bertanyakan khabar tentang cabaran yang dihadapi dalam rumahtangga dia dan Mawar.

“DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI. Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu. Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua.

“Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami.

“Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.

“Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percayalah Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya.

“Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia tetapi tidak di sisi Allah. Setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah. Dan hikmah bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positif maka hasilnya adalah positif dan sebaliknya,” tulis Fizo.

Tidak memberitahu secara jelas tentang apa yang akan berlaku seterusnya, Fizo bagaimanapun menerangkan hubungan dia dan Mawar akan berjalan dengan baik demi membesarkan anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

“Walau apa yang berlaku sekalipun, insya-Allah hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama empat tahun. Apa jua yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua,” tulisnya lagi.

Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013. – MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MHE TV

Be the first to comment on "Saya minta maaf , saya dah cuba yang terbaik… – Fizo Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*