Mengutamakan Adik Ainul, Dr. Amalina Sambut Raya Sederhana Bersama Ibu & Kekasih

Pelatih pakar bed4h warganegara Malaysia, Dr. Amalina Bakri hari ini berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri bersama ibu dan kekasihnya di United Kingdom.

Ketika itu maklum Amalina, dia hanya sempat meluangkan masa seketika sahaja untuk menyambut lebaran sebelum kembali ke h0spital untuk memantau keadaan adik Ainul Mardhiah.

“Masanya untuk menyiarkan foto-foto Aidilfitri! Saya diberikan cuti sehari pada hari raya pertama dan itu pun selepas shif kerja 24 jam.

“Saya tidak sama sekali menyangka Aidilfitri disambut sehari awal iaitu pada Selasa di UK.

“Saya pulang ke rumah pada pukul 9 pagi, tidur beberapa jam dan menyarung baju raya sebelum bergegas semula ke hospital untuk memantau keadaan Ainul dan keluarganya,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

Amalina turut bersyukur dapat meraikan lebaran bersama ibunya, Sabariah Hassan dan menjamah hidangan ayam masak merah dan nasi tomato.

“Ibu saya masakkan ayam masak merah dan nasi tomato. Ia memang sedap!,” tambahnya.

Amalina turut memuat naik beberapa keping foto berbaju biru sedondon ibu dan kekasihnya.

Nama pelajar pintar Malaysia itu meniti di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya untuk menyelamatkan nyawa Ainul, bayi sembilan bulan yang menghidap tum0r pada bahagian mulut berjaya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Mengutamakan Adik Ainul, Dr. Amalina Sambut Raya Sederhana Bersama Ibu & Kekasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*