Dengan bebudak pun berkira’ – Bapa kcewa ank dapat duit raya RM3 je.

Baru-baru ini seorang lelaki memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap segelintir saudara maranya yang memberi duit raya ‘ciput’ kepada anak-anaknya.

Menurut lelaki itu, dia tidak menyangka masih ada lagi orang di zaman ini memberi duit raya yang sedikit seperti zaman 90-an. Sedangkan jika dia membawa anak-anaknya beraya di rumah rakan-rakannya di Pulau Pinang, paling koman dapat RM5-RM10.

“Saya pergilah beraya di rumah saudara mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara mara bagilah duit raya kepada anak-anak saya. RM3 je? Ada lagi zaman sekarang bagi RM3, macam zaman 90-an.

“Orang cakap, orang-orang kita ini kaya raya. Kalau saya beraya di rumah member-member saya di Pulau Pinang, habis kopang RM5-RM10 seorang dapat.

“Janganlah kdekut sangat kita ni, dengan budak-budak pun nak berkira ke?” tulisnya di sebuah Fcebook Group.

Bagi individu yang memuat naik screenshot tersebut, Firdaus Ibrahim, si bapa pula yang melebih-lebih dari anaknya dan si bapa katanya patut bersyukur ada yang sudi memberi duit raya kepada anak-anaknya itu.

“Ada juga manusia macam ni, lebih ayah dari anak! Bersyukurlah orang bagi (duit raya) dekat anak. Hari raya jangan ajar anak minta duit raya atau meminta seperti pengemis. Orang tu lalu minta, orang ni lalu, minta.

“Ajar anak untuk bersalam, ziarah jiran tetangga untuk eratkan silaturrahim. Bermaafan.

“Salah satu sebab duit ditukar, tapi saya sengaja tak agih duit raya macam inilah, nak tengok reaksi anak-anak saudara/sepupu sepapat bersalaman kerana duit atau sebaliknya.

“Biasanya budak tak bersalaman tanpa duit. Rosak dah hari raya sekarang kerana duit raya,” tulis Firdaus.

Sementara itu, netzen turut bersetuju dengan pendapatnya bahawa kebanyakan kanak-kanak yang datang hanya semata-mata duit raya sahaja dan dari situ dapat kita lihat yang ibu bapa mereka tidak mendidik anak-anak mereka mengikut cara yang betul.

“Duit raya sekadar suka-suka sahaja, bukan wajib diberi. Pemberian RM3 itu dah kira baik. Kita beraya pun untuk mengeratkan lagi silaturrahim menziarah kenalan yang sudah lama tidak berjumpa,” tulis Cik Puan Yana.

“Kalau aku pergi beraya bawa anak dan orang tak bagi apa-apa, aku relaks saja. Kalau dapat walaupun seringgit, dah kira bersyukur. You as a father kena ajar anak-anak bahawa hari raya bukan hari nak mengumpul duit raya tetapi hari nak menziarahi sanak saudara. Masa ini saja yang tak kenal, yang jauh kita nak jumpa,” tulis Farahana Shukor.

Antara komen2 netzen.

ikhlas boleh dikira ke skg kau pn x ikhlas la pegi beraya uma sedare mare. nk anak asbab nk dpt duit raya. pastu yg guna duit ko bkn anak pn.

Apa punya org ni pi beraya rumah org semata2 nak duit raya org bagi rm3 dah merungut.

Saya pun msh lg dlm peket RM1/2 kira RM3 tu dh bnyk. Cer bygkan ada sedara bwk cucu 21 org dtg rmh penuh rmh x kan nk unjuk hingga RM 5 seorang. Biasa jika ank buah bg lebih ank sepupu pun bg lebih gk tp x lah nk bg RM10 tuh. Rata2 bg RM3 ajer. Kita patut ajar budak2 dtg raya nk kenal sedara mara bukan harapkan duit. Saya ajar budak2 ni jgn mengharap duit raya lg satu jgn buka sampul duit depan tuan rmh.

Aku kot 3 ringgit pon ok jar..3×200 da brp kira ok la kn bukn modal apa pon..hulur tgn je..

sy sntiasa ajar ank2,org x bg jgn mintak…klau org bg angpau,jgn bukak dulu….klau bukak,tgk seringgit..jgn kata apa2…. ckp trima kasih…klau ckp alah, seringgit je…mmg sy akn mrah…..itu rezeki… jgn sesekali ckp sikit…..

Untung dpt dr tidak.. Yg bapa pulak beria nk amik tau sal duit raya ank apa kes?? Ni mesti nk rembat duit ank pas abis Syawal tu.. Baik ngaku cpt!!!

Jumpa kat aku mmg RM1 aku bagi.. siap x pakai envelope, pegang hujung duit biar nmpk terang2 warna biru, duit plastik terkapai2.. depan emak bapak dia aku bagi.. nk lebih, tolong sapu sampah kat depan rumah aku ni dulu….

Jangan membebankan tuan rumah. Hari raya ziarah menziarahi bukan saling bagi duit raya. Kalau dapat duit raya tu anggaple sebagai bonus. Dah bagi makan lemang rendang tu pun kira ok. Lemang seruas berbelas ringgit. Kalau sekali datang satu rombongan 10 batang lemang pun tak cukup. Jadi eloklah kita bersyukur bila tuan rumah bagi makan. Tak perlu umpat bila tak dapat duit raya atau duit raya sikit. Hari raya adalah hari meraikan kemenangan melawan hawa nfsu. Jangan cemmarkan.

Sumber: thereporter

Be the first to comment on "Dengan bebudak pun berkira’ – Bapa kcewa ank dapat duit raya RM3 je."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*