“Senang saja nak bezakan kami” Tiga Kembar Seiras Kacak Buat Guru Terkejut.

“Kembar tiga ini bukan sahaja orang nampak pelik, tetapi kita sendiri pun rasa pelik sebab ada sahaja orang akan tengok dua tiga kali,” jelas wakil adik beradik kembar tiga, Ku Illahi Azani Ku Ab Rahim.

Kata orang, kalau kembar seiras, pastinya semua benda akan kelihatan sama termasuk perasaan sedih dan gembira.

 

Tetapi hakikatnya, wujud juga kelainan dalam diri tiga beradik kembar seiras yang kacak dan sedang meningkat dewasa ini.

Berkongsi pengalaman sebagai kembar tiga, Ku Illahi Azani atau lebih mesra disapa Ku Azani memberitahu, mereka mempunyai karektor berbeza walaupun memiliki wajah seiras.

Tiga beradik kembar seiras, dari kiri Ku Ku Azani, Ku Zakiri dan Ku Azudi.

“Pertama saya ni jenis yang hyper sedikit, manakala dua adik saya Ku Illahi Zakiri macam abang-abang macho dan Ku Illahi Azudi pula seorang yang peramah.

 

“Perangai itulah yang membezakan kami bertiga, bukan saja orang lain selalu tertukar, ibu bapa kami pun sama kalau dari arah belakang,” kongsi Ku Azani.

Kembar tiga berusia 22 tahun ini merupakan anak ketiga hingga kelima daripada tujuh beradik.

“Kami ada dua kakak dan dua adik perempuan, jadi kami bertiga sahaja lelaki dalam keluarga.

“Sebenar senang saja nak membezakan kami, biasanya melalui warna pakaian.

“Saya lebih suka memakai warna biru, Ku Zakiri merah dan Ku Azudi warna kuning. Saya rasa mungkin masa kecil dulu ibu bapa saya suka memakaikan kami warna-warna berlainan supaya tidak bertukar,” katanya sambil menambah mereka bertiga meminati hobi sama iaitu bermain futsal.

Ku Azani bergambar bersama keluarga pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Mengenai pengalaman lucu sepanjang bergelar kembar tiga, Ku Azani yang lebih aktif di laman sosial ini mendedahkan kisah yang terjadi kepada guru kelasnya ketika remaja dulu.

 

“Satu hari ketika sekolah rendah, seorang guru tiba-tiba masuk ke kelas kami, dia ternampak kami dan terus terkejut.

“Katanya kami ‘orang bunian’. Ketika itu dia terus mengucap dan kembali tenang selepas sedar bahawa kami ni kembar tiga,” katanya.

Tambahnya, satu lagi perkara ‘normal’ bagi kembar seiras adalah aktiviti menyamar.

Tiga beradik kembar seiras ini sentiasa menarik perhatian orang ramai.

“Dulu masa kecil-kecil selalu jugalah menyamar jadi antara satu sama lain. Ramai orang confuse, tapi bila dah dewasa ini, perangai tu dah tak buat dah.

 

“Lagipun sekarang ni dua daripada kami sudah bekerja, hanya Ku Azudi sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di Shah Alam,” ujarnya yang dilahirkan di Seremban dan membesar di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini Ku Azani turut berkongsi status di Twitter miliknya bersama dua gambar ketika zaman kanak-kanak dan gambar terkini mereka.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap status yang dimuat naik Ku Azani.

“Tiga kembar jahat dulu dah besar, makcik-makcik dan pakcik,” tulisnya.

 

Status ringkas itu telah menarik lebih 17,000 ulang kicau (Retweet) dan 30,000 tanda suka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Senang saja nak bezakan kami” Tiga Kembar Seiras Kacak Buat Guru Terkejut."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*