akhirnya ini Biodata Isteri Beliau, Bukan Gadis Biasa-Biasa

Siapa Mona Allen? Jika anda pernah menonton rancangan popular Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3 suatu masa dahulu, tentunya anda masih ingat kelibat host rancangan tersebut. Waktu itu, usia Mona Allen baru sahaja belasan tahun.

Namun kini Mona Allen kembali semula memeriahkan industri hiburan tanahair selepas lebih 15 tahun menyepi.

Terbaharu, Mona Allen muncul dalam drama berjudul Monalisa yang memulakan tanyangan pada 20 Mac 2018 di Slot Tiara Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama 80 episod ini juga membariskan pelakon-pelakon seperti Zara Zya, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud dan Fatin Nur Afifah.

Biodata Mona Allen

Nama Penuh: Munna Hafiraneza Allen

Nama Penuh: Mona Allen

Umur: 33 tahun (2018)

Agama: Islam

Warganegara: Malaysia

Keturunan: Berdarah kacukan Melayu dan Inggeris

Drama: Mr Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Monalisa

Telefilem: Joras Van Haji Murshid

Instagram: @mona.allen

Hangat diperkatakan sekitar era 90-an gara-gara kemunculannya dalam iklan komersial Celcom yang menggunakan cogan kata “Awak Nampak Birulah”.

Selepas menamatkan persekolahan, Mona menumpukan perhatian terhadap pengajian demi memenuhi harapan kedua orang tuanya. Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama keluarga.

Sejak tahun 2016, beliau kembali mewarnai dunia hiburan kerana cinta yang mendalam.

Ingin berhati-hati mengatur langkah sebagai anak seni kerana enggan terpalit dengan sebarang isu kontroversi.

Sejak kemunculan semulanya, beliau membintangi banyak drama popular iaitu Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Waris Kampung Semarah Padi, Monalisa, Mencari Qiblat dan terkini, Seribu Rindu.

Menerusi Seribu Rindu yang ditayangkan di Slot Akasia, saluran TV3, di bawah arahan Zamri Zakaria, beliau berkerja di samping nama-nama terkenal seperti Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Ku Faridah, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Doria Rachel, Ainul Aishah, Aman Graseka dan Hafizuddin Fazil.

Manakala beberapa telefilem lakonannya ialah Joras Van Haji Murshid, Licin dan Kitab Sijjin. Bakal terbit dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke pada tahun 2019 yang turut dibintangi Pekin Ibrahim, Ropie dan Joey Daud.

VIDEO :

 
 

‘Mona ada menjemput ke majlis akad nikahnya’

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin

 Pelakon, Amyza Aznan, menjelaskan dia berani memuat naik ucapan tahniah kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, setelah melihat gambar dikongsi teman seperjuangan, Wan Nor Azlin.

Amyza ketika dihubungi BH Online berkata, dia turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada Mona yang menjemputnya ke majlis akad nikah mereka pada 1 Disember lalu.

“Pada mulanya, saya juga takut untuk membuat sebarang pengumuman di laman sosial, namun menukar fikiran apabila melihat perkongsian dibuat oleh Wan Nor Azlin. Dia berkongsi berita gembira itu di akaun miliknya dan ia membuatkan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin

“Malah, saya juga menerima mesej daripada Mona yang menjemput saya ke majlis yang hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga pada 1 Disember lalu. Majlis itu diadakan pada hari ini, sekitar jam 10.30 pagi tadi.

“Kami memang rapat kerana sembilan bulan berlakon bersama ketika menjayakan drama rantaian, Monalisa. Saya mendoakan kebahagiaan Mona dan Pekin,” katanya.

Perkongsian yang dibuat oleh Wan Nor Azlin menjawab tanda tanya mengenai perkahwinan Pekin Ibrahim dan Mona Allen. – Ihsan IG Wan Nor Azlin

Sebelum itu, Amyza menerusi akaun Instagramnya mendoakan agar perkahwinan kedua-dua pelakon terbabit berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amyza mula rapat dengan Mona sewaktu membintangi drama Monalisa. – Ihsan IG Amyza

Sementara itu, usaha BH Online untuk menghubungi Pekin dan Mona sejak tengah hari tadi belum membuahkan hasil apabila masing-masing tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dihantar.

Mona bagaimanapun sempat berkongsi di Instagram sebuah entri yang seakan-akan mengiyakan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan, semalam.

Perkongsian oleh Mona Allen yang seakan-akan membayangkan dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan. – Ihsan IG Mona Allen

Terdahulu, gambar perkahwinan pasangan selebriti itu tersebar di laman sosial, dipercayai dirakam oleh keluarga atau rakan terdekat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber  : ArenaStar

Apa kata anda?

Be the first to comment on "akhirnya ini Biodata Isteri Beliau, Bukan Gadis Biasa-Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*