“Ajar anak lelaki cara urus rumah, bukan ajar jadi pondan…” – Bapa ini tampil ubah mentaliti lapuk

Dalam sesebuah institusi keluarga, anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja-kerja rumah, seperti memasak, melipat kain atau mengemas.

Manakala, anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja-kerja rumah, kerana sudah menjadi mentaliti masyarakat kita bahawa orang perempuan tempatnya hanyalah di dapur akhirnya.

Didik urus rumah, bukan suruh jadi pondan

Melihatkan masyarakat kita sudah begitu lama bertampuk dengan mentaliti seperti itu, seorang lelaki bernama Ariff Ismail, yang juga merupakan seorang ayah, terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini menerusi Facebook.

Berikut adalah titipan yang mungkin boleh mengubah cara pemikiran dan gaya hidup kita, supaya tidak terus terperangkap dengan mentaliti lapuk.

Jom ubah cara kita didik anak2 lelaki kita, mereka juga perlu tahu urus rumah

Tahu bagaimanak nak kemas rumah, ajar benda asas dulu

Biasakan anak dengan barang2 dapur…

Ajar memasak, mula dengan yang simple2 jer, tahu nak beza mane kunyit dengan halia

Mereka boleh berdikari, takda mak ayah takde kat rumah anak makan maggi jer

Sumber : Ariff Ismail

Be the first to comment on "“Ajar anak lelaki cara urus rumah, bukan ajar jadi pondan…” – Bapa ini tampil ubah mentaliti lapuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*