“Ramai Saudara-Mara Mahu Kenalkan Saya Dengan Wanita” – Remy Ishak Siap Sedia Jawab Soalan ‘Cepumas’ Raya

Menjelang Syawal, pelakon Remy Ishak akui masih berdepan dengan jadual kerjaya yang padat dan terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka, lebih awal.

Ujar Remy, rutin mengecat rumah pada tahun ini juga terpaksa dibatalkan memandangkan kesibukan bekerja hingga saat akhir.

“Tahun ini disebabkan terlalu sibuk bekerja perancangan untuk mengecat rumah pun tergendala.

“Biasanya setiap kali menjelang hari raya saya akan mengambil tanggungjawab untuk menyediakan baju raya untuk anak-anak buah saya.

“Kami pun ada empat adik-beradik dan semuanya sudah besar-besar belaka jadi persiapan raya lebih tertumpu pada orang tua dan anak-anak buah saja,” katanya kepada Gempak.

Remy yang ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju Melayu Minaz Men di IOI Putrajaya baru-baru ini bagaimanapun bersedia untuk berdepan soalan cepumas berkaitan jodoh.

“Sejujurnya soal jodoh ini sangat rumit, insya-Allah ada rezeki nanti saya anak bawa pulang isteri ke kampung.

“Masalahnya sekarang masih belum ada isteri. Raya tahun ini masih bergelar bujang…

“Memang ada saudara-mara yang ingin kenalkan saya dengan wanita tetapi soal hati tak boleh dipaksa-paksa.

“Ada banyak cabaran untuk dilalui sebelum seseorang wanita ingin kenal saya lebih dekat terutama berkaitan soal karier sebagai selebriti.

“Tetapi kalau banyak juga tanya soalan cepumas, kita bagi sajalah duit raya supaya senyap,” tambahnya berseloroh.

Syawal tahun ini diraikan Remy berstatus bujang apabila pertunangannya dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof pvtus pada Februari lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Remy Ishak via Gempak

Be the first to comment on "“Ramai Saudara-Mara Mahu Kenalkan Saya Dengan Wanita” – Remy Ishak Siap Sedia Jawab Soalan ‘Cepumas’ Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*