Anak Mua Bellaz Jadi Bualan Kerana Miliki Sepasang Mata Sangat Cantik!

Jurusolek popular dikenali dengan nama Mua Bellaz baru-baru ini berkongsikan wajah anaknya yang lahir pada 29 Julai yang lalu. Memiliki sepasang mata cukup cantik, kelahiran anaknya ini menjadi bualan hangat warganet.

Anak mata kelabu seakan memakai kanta lekap, keistimewaan anak Mua Bellaz yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa ini tidak henti-henti mendapat perhatian ramai. Peminat wanita itu menganggap nama anaknya ini adalah hasil gabungan nama pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai dan Neelofa.

Untuk info, bayi Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini adalah anak yang keempat wanita cukup popular dengan konten bersolek di sosial media. Sejak dari baru dilahirkan lagi Aisywara Naelofa ini sudah menjadi perhatian ramai kerana rupa parasnya.

Sepasang mata sangat cantik, kulit putih mulus dan bibir merah membuatkan ramai yang geram. Wajah terbaharu si cilik dikongsikan menerusi akaun TikTok wanita ini turut jadi bualan hangat warganet. Berikut adalah rakaman tersebut:

Memang cantik sungguhlah bayi Bella ini! video ini sahaja sudah meraih jutaan tontonan dan lebih 220 ribu likes. Di ruangan komen bukan sahaja orang ramai teruja dengan mata dimiliki anak kecil itu, malah ada yang mohon terbekenan dengan rupa paras Aisywara Naelofa ini.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Mata dia..Alahai kenan sungguh la”

Screenshot at Sep 08 10-01-17

“Mata dia cantik nya. Tak payah pakai lens besar nanti”

Screenshot at Sep 08 10-00-48

“Weyh segaknya dia..”

Screenshot at Sep 08 10-00-33

“Mak hang suka pakai lens time makeup lopa. Cantiknya hang”

Screenshot at Sep 08 10-00-12

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Anak Mua Bellaz Jadi Bualan Kerana Miliki Sepasang Mata Sangat Cantik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*