[VIDEO] “Terima Kasih Rakyat Malaysia ”Made In Gaza” Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat PaIestin

Dengan kerjasama NGO, Cinta Gaza Malaysia bersama-sama MyAqsa Defenders, Pertahanan Awam PaIestin kini akhirnya berjaya memiliki trak bomba pertama buatan tempatan sendiri

Trak berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik PaIestin di Semenanjung Gaza dan berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh MyAqsa Defenders di laman Facebook rasminya, menurut mereka trak berkenaan kini telah bersedia untuk beroperasi di lapangan.

“Alhamdulillah dengan izin Allah siapkan juga trak Bomba Gaza, PaIestin dan inilah yang pertama “Made In Gaza”. Sumbangan kalian tidaklah sia-sia melainkan terus memberi manfaat buat mereka yang sedang berjuang membina negara.“Kita berharap agar trak-trak Bomba yang bakal keluar mampu menjadi pasukan respons yang ke hadapan untuk membantu rakyat PaIestin di Gaza.

“Syukran Ya Malizi!,” katanya.

Trak yang dibina itu hasil sumbangan orang ramai di Malaysia.

“Alhamdulillah dengan izin Allah sumbangan yang diberikan sewaktu prang Saif Al-Quds pada Ramadhan lepas telah kita salurkan sedikit demi sedikit untuk projek impak dan keperluan rakyat PaIestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Untuk pengetahuan semua, trak ini adalah trak pemadam api yang pertama di Semenanjung Gaza yang membawa lebih dari 5700 liter air.

“Inilah hasil sumbangan kalian yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat PaIestin dan semestinya demi pembebasan Baitul Maqdis.

“Terima kasih rakyat Malaysia!,” ujarnya.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari MYKMU, Youtube Buletin TV3

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Terima Kasih Rakyat Malaysia ”Made In Gaza” Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat PaIestin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*