Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bertunang, Majlis Nikah Akan Dilangsung Serba Ringkas

Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya yang juga asal Sweden, Michael Hansen, 42.

Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.

Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.

“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.

Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.

“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.

“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Sebelum ini, beberapa foto mesra Sakinah dengan kekasihnya, itu menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.

Media sebelum ini turut melaporkan, pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga Mei depan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.

Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.

Meski sudah berpis4h, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.

“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.

“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.

“Kami juga tidak ada pergadvhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.

Sakinah berkahwin bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini mencecah usia 4 tahun.

Namun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama Aliff telah berakhir pada Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bertunang, Majlis Nikah Akan Dilangsung Serba Ringkas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*