Menerusi Instagram, Siti Sarah memuat naik video rakaman dia bersama suami dan anak-anak ke sawah menangkap ikan dan jelas kelihatan kegembiraan keluarga bahagia itu.
Walau bagaimanapun, Siti Sarah di posting berkongsi kepada umum mengenai sikap Shuib Sepahtu yang tidak pernah lupa asal-usulnya yang mana semua orang mengetahui kejayaan suaminya itu yang kini berjaya dalam bidang perniagaan.
Sekali gus perkara terbabit mengundang posting Sarah mendapat pelbagai reaksi manakala perkongsian Sarah bersama satu rakaman video pula yang memaparkan momen bahagia Shuib bersama anak-anak itu juga mencuri tumpuan peminat dan pengikut.
“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang, Itulah @Shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.
“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.
“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami.” Tulis Siti Sarah.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, warganet turut berkongsikan sikap keluarga selebriti itu diruangan komen yang mana mereka berdua dianggap sebagai keluarga yang baik malah tidak sombong.
“Dorang ni memang family yang baik hati tak sombong…”
“Anak-anak Sarah pun tak kekok kan”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook