Hamiil anak ke 5. Tak selesa dengan perut besarku, suami pilih cur4ng. Talak 3 aku minta. Aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Min tolong hidekan profil saya. Haii warga KRT semua. Beberapa hari lalu saya ada post mengenai saya kahwin dah 7 tahun. Sekarang mengandung anak kelima yang mana bulan 10 saya akan bersalin dan suami pula cur4ng dibelakang saya serta terl4njur dengan ex gf dia.

Kelmarin kami berg4duh besar. Suami peluk saya sekuat kuat nya. Meminta maaf dan berkali kali dia menci1um dahi saya. Saya hanya mampu menangis, meraung sekuat hati dan melutut di kaki suami.

Saya paksa suami untuk beritahu apa salah atau silap saya dan kekurangan saya sampaikan suami CUR4NG dibelakang saya.

Mula mula tiada jawapan namun dengan desakan bertalu talu barulah suami bersuara. Suami cakap saya tiada kekurangan, cukup dalam MELAYANI DIA , ANAK ANAK dan SEGALA NYA.

Cuma sejak akhir tahun tahun lepas dia terjumpa ex gf dan berbagi nombor hp. Sejak itu suami mula berubah dan rasa seperti bujang. Mula mula berkawan lepas tuh bercinta semula. Alang alang ex suami tak kahwin lagi, kerap keluar bersama tuh yang mereka hanyutt hinggalah terl4njur..

Suami mula rasa seronok dan akhir nya suami lupa siapa dirinya. Suami jujur dia terlanjur dengan ex gf dia sejak 2 bulan lepas.

Nak bersama saya suami rasa kurang selesa sebab saya sedang sarat mengandung, perut pun makin bulat membesar dan kedepan jadi sukar untuk dia ‘bersama’ saya..

Entah kenapa waktu suami saya cakap macam tu saya tak boleh terima. Saya terus sambut tangan suami ci1um, mintak maaf dan mintak suami untuk mencerraikan saya talak 3 lagi bagus, saya terima.

Saya hanya mampu cakap dekat suami, hanya kerana saya sarat mengandung suami memilih untuk ‘bersama’ perempuan lain. Hanya kerana perut saya semakin membulat dan membesar suami lebih memilih untuk puas kan diri nya bersama perempuan lain. Hanya kerana saya mengandungkan anak dia. Hanya kerana ituu..

Ya Allah sump4hhh demi Allah saya tak boleh terima langsung alasan suami. Kalau alasan suami rasa terabai, kurang layanan, saya menderh4ka saya masih boleh terima. Rasa marah, geram , rasa nak membnvhh mula menguasai diri.

Syukur saya masih waras dan boleh kawal perasaan. Saya bersyukur kerana Allah memberi saya rezeki kesuburan dan mudah untuk mendapatkan zuriat. Ada sesetengah pasangan menunggu bertahun tahun untuk dapatkan zuriat, tapi tidak beruntung seperti kami.

Dulu tiap kali lepas melahirkan saya nak merancang tetapi suami tak izinkan untuk makan pil atau sebagai nya, pakai pelindung suami cakap tak puas. Nak rancang sendiri bile suruh buang luar suami terlepas dalam.. Dah jadi macam ni apa semua salah saya ?? Apa saya yang tak pandai merancang dan jaga tubuh??

Saya tahu ini dug4an buat saya. Allah tak akan bagi ujian ni kalau saya tak mampu. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini…. Setiap manusia buat kesilapan kan??. Dan dari kesilapan itu lah kita belajar.

Saya harap suami belajar banyak benda dengan apa yang dah terjadi sekarang ni. Untuk anak kelima ni satu persiapan pun saya belum buat lagi dari baju babby, sarung kaki dan tangan, bedung, pampes, barang mandian set bersalin satu pun saya tak beli lagi dan siapkan.

Baju anak anak saya lepas semua, saya dah bagi orang sebab ada yang lebih memerlukan so saya bagi lah……

Bulan 8 ni gelap perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Mungkin setakat ni saja lah jodoh kami. Saya nak pertahankan rasa sakit. Dahulu suami pernah curang tapi tak pernah terl4njur dah saya beri peluang ke dua.

Dengan kecur4ngan yang suami pernah buat lepas lepas saya masih ingat sampai sekarang. Apa tah lagi kecur4ngan yang suami dah buat sekarang ni. Mesti saya akan ingat sampai akhir hayat saya. Jadi saya ambik keputusan undur diri.

Mungkin saya derhaka kerana meminta cerrai di waktu sarat hamil. Namun apa kan daya saya tiada kekuatann.

Di pendekan cerita sekarang saya sudah pun berada di rumah ibu bapa saya. Peguam yang urus kan kes saya adalah kakak saudara saya. Dan apa apa mengenai bayaran abang saya akan tangung semua nya. Anak anak buat masa ni semua saya serah kan pada suami. Hari sabtu pagi tu jugak saya urus kan semua.

Bila keluarga suami dan keluarga saya dapat tahu je perkara ni terus meng4muk besar dan serang suami. Hal tu sikit pun saya tidak masuk campur biar lah suami selesai kan.

Sekarang saya cuma membawa diri, rehat dan tenang kan fikiran. Alang alang due date saya semakin hampir, anak anak saya serah kan pada suami sebab saya nak suami tahu dan rasa menjaga, mengurus , merawat seorang anak sangat sangat lah tidak mudah apa kan lagi jaga 3, 4 orang anak.

Kental tak kental saja lah hati menjaga mereka. Bila saya dah bersalin dan habis pantang saya rancang nak berkerja. Lepas ekonomi saya dah utuh dan kukuh baru saya ambik hak jagaan anak anak sepenuh nya.

Dan untuk anak kelima ni saya akan berikan pada adik saya. Adik saya kawin dah 4 tahun tetapi belum diberi rezeki zuriat lagi. Barang barang keperluan baby dan pantang, adik saya dan isteri nya akan beli dan uruskan.

#MaafJikaTindakanSayaMelampau

#SayaSudahTiadaDaya

#HanyaInginMencariKekutanDiri

Reaksi warganet

Nazuha Alias –

Sedih nya kisah sis nih. Tapi kagum dengan kecekalan hati sis. Saya suka bila sis tak gunakan alasan anak untuk belas kasihan.

Saya puji tindakan sis serahkan anak anak pada ex untuk dia jaga. Biar dia tau macam mana nak jaga anak anak. Alasan dia bagi memang minta kita jadi pembnuh.

Syabas sis. Saya doakan semoga rahmat Allah selalu dengan sis.

Zue Ninie –

Sedihnya bila baca kesah ney. Saya sekarang dalam proses berpantang, baru lepas melahirkan. Kes macam gini lah yang saya takutkan. Kalo perkara ney berlaku pada saya, saya sendiri tak tau ape akan jadi pada saya..

“Ya Allah kau kuatkan la kami kami sebagai seorang isteri. Kau berikan la kebahagiaan pada kami. Jauhi la kami dari perkara yang boleh merosakkan keimanan kami..” Amin

Kalaivani KrisHnasamy –

Baca pun dah semacam, berdebar. Mix feeling, imagine the person who face it. Mesti menangis akak tu time type ni. Manusia jenis ape suami dia.

Tapi tindakan akak tu tenang sangat. Kalau saya di tempat akak tu. Dun know, wat will be i do. Maybe dah takde dah saya ni. Salute family sis tu. Atleast someone there for her. I pray for u sis.

Chen Chen –

Sedih dan sayu sangat baca kisah sis ni. Kadang kadang bertepuk sebelah tangan tak berbunyi..

Perempuan kalau kau jenis yang perikemanusiaan, jangan la kau rosakkan rumah tangga orang lain. Jangan la kenang cinta zaman dahulu kala sekiranya orang itu sudah berkeluarga.

Jangan rosakkan sesama kaum hawa sendiri, kerana esok lusa kifarah untuk mu itu pasti kerana telah merosakkan rumah tangga orang. Semoga sis ni kuat dan tabah. Semoga Allah permudahkan urusan sis semua nya..

Ratnadewi Mahalet –

Kadang kita wanita ini dizalimi dalam diam. Sudah sesempurnanya melayan dan merajakn suami, masih juga dibalas duri berbisa. Harus bagaimana lagi kita wanita ini mempertahankn hak sebagai manusia?

Tahniah puan, awak mmbuat keputusan yang bijak. Semoga ada sinar baru yang menyinari hidup awak. Jangan menoleh ke belakang lagi kalau sudah jauh dihadapan.

Anggaplah sejarah hidup awak menjadi semangat kebangkitan untuk kehidupan baru. Jangan buang lagi airmata. Jangan nampak lemah di depan manusia yang membinasakan hidup awak. Allah bersamamu.

Noorfaziatul Fasihah –

Agaknya memang nasib orang perempuan dan isteri dilayan macam sampah oleh suami kan. Aku baca cerita ni pun, jadi sedih.

Nasib orang perempuan. Bila nak merancang kehamilan, suami tak bagi. Tak bagi makan pil. Bila suruh cara lain dikatanya tak puas. Akhirnya mengandung.

Bila anak dah 5, suami curang. Punca curang sebab perut isteri dah besar dan suami tak selesa. Kalau ko tak selesa dengan perut bini, jangan la bagi bini mengandung banyak kali.

Bini jadi macam tu, jadi hodoh pun sebab suami jugak kan. Sekarang, suruh la skandal ko jaga semua anak anak ko. Ni namanya laki tak guna. Lepaskn nfsu serakah sdiri.

Erna Fazira –

Serius cakap, sis seorang wanita yang cekal dan kuat. Kalau aku la, Aku xsanggup. Memang da teros lari bawak diri. Aku tak boleh terima.

Kalau laki tu terlanjur mase zaman bujang okey la kot. Ni zaman dia da berkeluarga. Isteri pulak tengah sarat. Ehh tah la. Memang patut pon laki dia dapat hidayah macamtuh. Hati seorang wanita ni memang takley buat main. Sekali dia sedih sampai mati dia ingat.

Lina Lin –

Ya Allah sedihnyer. Sabar lar dik. Betapa kejam nyer suami awak. Jangan takut kifarah tu ada. Sampai masa dia akan dibelasah karma sendiri. Lelaki seperti dia tak layak untuk wanita baik macam awak. Biar b*bi bertemu b*bi.

Maaf agak kasar tapi kata kata tu amat sesuai untuk suami awak yang keparat dan lahanat. Tutup pintu neraka itu. Buka pintu syurga firdaus untuk anak anak awak.

Ingat dan yakinlah Allah akan tolong hamba hambaNya yang teraniaya. Semoga awak kuat dan bersemangat untuk anak anak awak. Satu hari nanti awak akan bertemu jugak jodoh baru yang benar benar cintakan awak kerana Allah.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Kisah diatas dikongsikan dilaman KRT Fans pada 17 Jun yang lepas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook