“Wah Macam Muka Daddy”- Ramai Geram Kecomelan Fatima, Wajah Dikatakan Ada Iras Fattah Amin

Siapa je tak kenal dengan pasangan suami isteri berstatus selebriti ini, Fazura dan Fattah Amin yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan Oktober tahun lepas. Pasangan yang sama cantik dan segak ini terus menjadi bualan wargamaya apabila mereka mula memuat naik wajah anak sulung mereka di media sosial. Kini Nur Fatima Aisya yang menginjak usia 6 bulan kelihatan semakin manis dan comel.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi video pendek yang dikongsikan Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, bersama anaknya itu, ramai yang memuji kecomelan Fatima. Dalam pada itu, tak kurang juga yang katakan wajah anak sulungnya itu mempunyai iras seperti Fattah. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. 

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri lebih dua ribu komen dengan pujian kecantikan kedua-dua beranak itu. Walaupun wajah kelihatan seperti ayahnya, ada wargamaya yang mengatakan Fatima memiliki mata ibunya. 

“Fattah Amin versi kecil. Mata je ikut ibunya,” tulis salah seorang wargamaya di ruangan komen

Memang tak dinafikan kecomelan anak sulung pasangan selebriti itu sehingga mendapat pujian tanpa henti dari wargamaya. Sehinggakan Puan Sri Tiara Jacquelina turut menitipkan komen “Saya sayangkan kamu berdua!”.

Apa-apa pun, memang dah lumrah untuk anaknya mempunyai iras wajah ibu dan ayahnya, dan semoga Fatima membesar dengan sihat.

 

 

Sumber daripada: Instagram

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM