Terkesan Dengan Kehilangan Bapa, Achey Titip Pesan Ini Buat Semua

Kehilangan insan tercinta memang memberi tamparan yang hebat kepada mereka yang mengalaminya.

Tambahan lagi jika seseorang itu ialah ahli keluarga yang memang rapat seperti ibu dan bapa.

Baru sahaja melalui perkara tersebut, penyanyi, pelakon dan pelawak Achey Bocey telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 22 Mac 2021.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Melalui caption:-

“Pesanan… yang masih ada… jaga sebaik mungkin… berbakti sebanyak mungkin…cipta memori bersamanya sepadat mungkin..

Percayalah kesannya bukan mungkin tetapi PASTI…

AL FATIHAH

(HAMZAH BIN SALAM)

@tehtarik_hamzah”

Video yang dikongsikan tersebut menunjukkan detik-detik Achey bersama Allahy4rham bapanya di dalam kereta.

Mereka berbual tentang lagu kegemaran dan Achey dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar bapanya menyanyi.

Berdasarkan hantaran berkenaan, Achey menitip pesan buat orang ramai supaya menjaga, berbakti, serta mencipta memori sebanyak mungkin dengan insan tersayang.

Ini kerana kita tidak dapat mengundur kembali masa, hanya kenangan yang boleh dikenang sentiasa.

Semoga kita menghargai insan tersayang yang masih ada bersama.

 

Sumber: Instagram Achey Bocey 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM