Sertai Kelas Agama, Peminat Doakan MK K-Clique Terus Istiqomah

Sekarang ni sudah ramai yang mula sedar betapa pentingnya ilmu akhirat yang akan kita bawa selepas meninggal dunia.

Dengan itu, semakin ramai juga sudah mula menghadiri kelas agama, kelas mengaji atau apa sahaja kelas berkaitan ilmu akhirat.

Penyanyi rap terkenal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah iaitu MK K-Clique turut tidak ketinggalan menyertai kelas agama yang diadakan di Jerantut, Pahang bersama rakan-rakannya yang lain.

Difahamkan MK telah menghadiri kelas agama itu dalam masa yang sama atas dasar urusan kerja.

Dalam masa yang sama, MK turut ada memuat naik fotonya ketika menunggang kuda.

Ramai penyokongnya turut meninggalkan komen berbentuk doa agar MK dapat terus istiqomah dalam mempelajari ilmu agama.

Bukan itu sahaja, ada juga seorang individu ini meninggalkan komen berharap agar MK sudah tidak memakai perhiasan berbentuk emas lagi selepas ini.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk MK dan semoga beliau akan menjadi seorang Muslim yang soleh.

Sumber foto: Instagram MK K-Clique

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM