Respon Noor Nabila Apabila Ditanya Adakah Betul Dia Akan Bernikah Dengan Engku Emran Esok

Terkini, desas-desus mengenai Noor Nabila Mohd Noor yang dikatakan bakal melangsungkan perkhwinan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, esok terus menjadi rahsia apabila kakak kepada selebriti popular Neelofa itu tetap mengunci mulut.

Sementara sahabat baik Nabila, Rosix Omar ketika dihubungi juga mendakwa tidak tahu-menahu mengenai khabar angin perkhwinan bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

” Maaf, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jadi, tiada sebarang komen daripada saya,” katanya kepada HarianMetro.

Nabila dalam kenyataannya hari ini enggan mengulas mengenai dkwaan itu serta meminta maaf.

” Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini.

” Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya.

Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon popular Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella hangat diperkatakan di media sosial, malah turut mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Nabila dalam kenyataannya kepada HarianMetro baru-baru ini turut memohon supaya dia diberikan ruang peribadi berhubung dkwaan hubungan percintaannya dengan Engku Emran.

” Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.

” Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Nabila berkata, dia belum bersedia untuk menceritakan secara terperinci kisah peribadinya kepada umum.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah untuk memastikan anak tunggalnya, Jebat Jayden dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sempurna.

” Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya.

” Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di Instagram Nabila dan Engku Emran mendapati mereka tidak memuatkan apa-apa persediaan mahupun bayangan mengadakan majlis pernikahan, esok.

Khabar angin mengenai percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikm4ti hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir.

Gambar- Nabila bergambar sewaktu pernikahan adik lelakinya.

Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan netizen apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram.

Baru-baru ini, Engku Emran turut memuat naik foto di Instagram menunjukkan bayangan wajah Nabila yang ketika itu berada dalam kereta bersamanya.

Menerusi perkongsian itu turut tertera judul lagu By Your Side nyanyian Sade di skrin radio kereta berkenaan sekali gus mengukuhkan dkwaan mereka sedang bercinta.

Apa yang menarik, Engku Emran turut muat naik keterangan romantis dalam hantaran foto itu.

” Choppy until you came along,” tulisnya.

Bagaimanapun, Engku Emran menutup ruangan komen hantaran foto itu.

Nabila pernah berkhwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercrai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kmelut rmah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, hasil perkhwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Sumger:hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://thebolalive.com/