Myvi ‘Terbang’ Elak Terjunam Dalam Longkang Besar Raih Perhatian Netizen

Kereta keluaran tempatan, Perodua Myvi sering kali menjadi bualan orang ramai kerana kemampuannya ‘beraksi’ di atas jalan raya yang tidak boleh difikirkan dengan akal minda manusia biasa.

Terbaru, sebuah kereta Myvi berwarna putih ditemui ditemui ‘terbang’ melepasi longkang besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru pada tengah hari tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VOCKET Car Club (@vocketcarclub)

Netizen turut memberi pandangan pemandu Myvi berkenaan bernasib baik kereta tersebut tidak jatuh ke dalam longkang kerana jika ia berlaku, pasti impaknya lebih teruk. Kereta berkenaan juga pastinya dipandu laju kerana dapat melepasi longkang tersebut.

Difahamkan pemandu yang tersepit di dalam kereta telah berjaya diselamatkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:VOCKET