Kalau Dah Jodoh, “Suamiku Ex Boyfriend Kakak Sendiri”

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin. 

Namun, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Tuhan. Boleh jadi sudah tertulis takdir kekasih anda itu adalah jodoh rakan atau adik beradik sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Shieyma Emma yang berkongsikan detik indah apabila sah bergelar seorang isteri.

Kredit foto: via Gulapop

Namun apa yang menjadi perhatian adalah suaminya merupakan bekas kekasih kakaknya. 

Namun Emma berkata itu adalah kisah lama mereka dan kakaknya sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Meskipun berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya, namun Emma menghargai pengorbanan kakaknya yang membantu dalam persiapan perkahwinannya dan tidak sekali melupakan jasanya.

@mommybeauty_

Suamiku exboyfriend kakak sendiri 😘 . #fyp #viral #foryou #masukberanda #foryoupage #wedding

♬ original sound – ayunieso

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut mendengar kisah tersebut. 

Malah, ada yang mengatakan jika terjadi pada mereka pun tidak akan sesekali bersama ataupun berkahwin dengan bekas kekasih adik-beradik.

Dalam masa sama, ramai yang berkongsikan turut berdepan pengalaman sama serta mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan.-CARI

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: -CARI