“Kalau Boleh Terus Nak Ada Anak, Nak Kembar”

Sekian lama netizen ternanti-nanti, akhirnya pasangan selebriti Risteena Munim dan Isa Khan sel4mat diijabkabulkan dalam satu majlis serba ringkas di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.

Melvahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar, Isa Khan mended4hkan wang hantaran diberikan kepada Risteena berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usia isteri tercinta.

“Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Ikutkan kita nak buat majlis tahun lepas ketika itu Risteena berusia 32 tahun jadi jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usianya. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, saya tunaikanlah janji,” katanya.

Menerusi satu temu bual bersama Media Hiburan mengenai soal cahaya mata, Isa berkata dia dan Risteena mahu segera memperoleh zuriat.

@mediahiburanofficial

Amboi idam kembar gitu! Tahniah dah jadi husband & wife korang ♥️ #MediaHiburan #MHnews #fyp

♬ Baby – Justin Bieber

Isa berkata dia mahukan dua atau tiga orang cahaya mata dan sempat bersel0roh jika diberi rezeki mahukan anak kembar.

“Perancangan cahaya mata, kita orang kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki InsyaAlah. Kalau boleh nak dua tiga orang anak. Kembarlah,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya