Sharnaaz Ahmad Komen Spekvlasi Bek4s Isteri Bakal Bernikah

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Happy anak aku, aku happy,”

Itulah komen yang diberi pelakon Sharnaaz Ahmad setelah ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan bek4s isterinya Noor Nabila bakal bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam masa yang terdekat.

Perkara berkenaan diluahkan menerusi satu temubual bersama dengan sebuah portal hiburan online.

Spekulasi tersebut mula timbul selepas kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman keluarga Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi bersama ahli keluarga lain.

“Pasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka.. Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat,”

“Tapi saya tak boleh nak komen lebih-lebih pasal benda ni sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen,” ujarnya

Bagaimanapun, Sharnaaz menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk mengeluarkan kenyataan sekiranya perkara tersebut benar akan berlaku.

“Sebab ia berkait juga dengan individu yang bakal jadi bapa tiri Jebat,” 

Pada akhir perbualan, Sharnaaz sempat menyatakan bahawa beliau sentiasa mendoakan kebahagian Nabila selain menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh bekas isterinya yang juga kakak kepada pengacara Noor Neelofa itu.

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lebih dua tahun.

 

Sumber: Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM