Guru ganti tinggal dalam kereta terima cek daripada pelajar bernilai RM111k!

Seorang guru ganti berusia 77 tahun yang tinggal dalam kereta miliknya menerima cek bernilai USD27,000 (RM111k) daripada bekas pelajarnya. Guru ganti tersebut ialah Jose Villarruel, yang sinonim dengan panggilan Mr. V oleh pelajarnnya. 

Salah seorang bekas pelajarnya, Steven Nava, 21, merancang untuk melakukan kejutan dengan menghadiahkan cek tersebut kepada Villarruel sempena hari lahirnya yang ke-77.

Villarruel sebelum ini berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu dan pada awal tahun 2020, dia terpaksa mengundurkan diri dari kerja tersebut kerana sistem pembelajaran dalam talian diperkenalkan.

tinggal dalam kereta

“Keadaan pembelajaran di sekolah telah berubah sepenuhnya, dan saya percaya bahawa tugas saya sebagai guru ganti sudah berakhir. Pada bulan Mei, saya mengundurkan diri.

“Selain itu, saya berjaya mengemukakan semua dokumen untuk mendapatkan pencen. Saya ada menerima cek, tetapi ianya tidak bertahan lama kerana saya sudah memounyai hutang,” kata Villarruel.

tinggal dalam kereta

Selain itu menurut Nava, dia ternampak Villarruel hampir setiap hari di dalam kereta sebelum bertindak untuk mendekati warga emas berkenaan.

Nava pada mulanya memberikan wang sebanyak USD300 (RM1,233), dan seterusnya membantu gurunya itu mendapat kehidupan lebih baik dengan mencari dana melalui GoFundMe.

@stvnna7

Anything helps guys, Im surprising him for his birthday on Thursday, god bless everyone (gofund me link in bio) 🙏 #foryoupage #fyp #viral #help

♬ Home – Edith Whiskers

Kisah Villarruel ini dikongsi oleh Nava melalui laman sosial TikTok. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.7 juta tontonan, 337k likes dan pelbagai komen dari warganet.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

https://www.motoqar.com/Sumber: