‘Dahla Cantik, Pandai Pula Tu’ – Tamat Master Dengan Keputusan Cemerlang, Netizen Puji Hawa Rizwana

 

Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hawa sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana berpeluang untuk menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam tempoh masa 4 semester sahaja. Tambahan, saya belajar sambil bekerja. Terima kepada semua ahli keluarga, pensyarah dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan buat saya. Semoga kita berjumpa lagi.

Menurut Hawa, dia bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang singkat walaupun dia terp4ksa membahagikan masa di antara belajar dan kerjaya. Menerusi keputusan yang dikongsikan, Hawa dilihat meraih gred A bagi kesemua subjek yang diambil olehnya semasa semester terakhir. Bukan itu sahaja, Hawa juga menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang.

Tahniah Hawa! Dah la cantik, pandai pula tu.

Hebat sungguh, semoga Hawa terus jadi inspirasi buat para pelajar.

Di ruangan komen , rata-rata rakan artis dan netizen memberi ucapan tahniah buat Hawa. Menurut netizen, Hawa bukan sahaja seorang yang cantik malah, dia seorang yang pandai. Tambah netizen, mereka mendoakan yang terbaik buat Hawa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OB