Cincin ‘Tanda’ Di Jari, Kilafairy Sudah Dilamar Kekasih?

Baru-baru ini foto yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Kilafairy menjadi perhatian ramai apabila dilihat menyarung cincin di jari manisnya.

Ramai tertanya-tanya adakah pelakon itu sudah dilamar oleh kekasihnya, Sa’aid Umar Aiman, bagaimanapun Kilafairy menafikan perkara itu. Ujarnya, cincin itu sememangnya pemberian daripada kekasihnya namun hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah,” katanya.

Dalam pada itu, Kilafairy mengakui menjalin hubungan serius dengan jejaka itu namun menyerahkan soal perkahwinan kepada pihak lelaki.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya serahkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa segan nak cakap.

“Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti,” katanya.

Sebelum ini Kilafairy pernah berkongsikan dia mengenali teman lelaki itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya