Cik B Shopping Sakan Beli Hadiah Kacak, Netizen Tawar Diri Jadi Bodyguard Dan Pembantu

Siapa je tak sayang dekat adik beradik sendiri sehingga sanggup belikan hadiah yang paling best untuk adik kesayangan. Itulah yang dilakukan oleh Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, berkongsi gambarnya membeli belah barangan mewah di Ibu Kota.

Menerusi tinjauan di Instagram Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih popular disapa Datuk Seri Vida (DSV) pula, difahamkan beliau dan Cik B membeli belah untuk hadiah Kacak. Menurut DSV, Cik B sendiri yang memilih hadiah kegemaran Kacak. Memang nampak shopping sakan anak beranak tu dalam kedai berjenama mewah. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Dalam kapsyen hantaran tersebut, DSV menjelaskan Kacak, atau nama sebenarnya, Muhammad Eric Zaquan, sememangnya penggemar atau pengumpul kasut berjenama. Kadang-kadang tu boleh habis beribu-ribu ringgit untuk kasut-kasut zaman dahulu atau vintage. Itulah yang membuatkan Cik B memberi hadiah kasut berjenama buat Kacak. Tapi tidak pasti hadiah tersebut sempena apa. 

Bagaimanapun, melalui video tersebut jelas keakraban Cik B dan juga adiknya Kacak, sampaikan DSV pun terkejut Cik B tahu saiz kasut kacak. DSV sendiri akui yang beliau pun tak ingat saiz kasut anak lelakinya itu. 

Sementara itu, gambar shopping sakan yang dikongsikan Cik B di Twitter pula mendapat pelbagai respon daripada wargamaya. Dengan meletakkan kapsyen ‘Bodyguard Mama,’ maka ramailah wargamaya yang lain turut tawarkan diri untuk jadi pengawal peribadinya. Selain itu, tidak kurang juga ada yang tawarkan diri untuk jadi pembantu tukang angkat barang. Memang macam-macam telatah wargamaya di ruangan komen. Tapi tentulah respon-respon yang diberikan hanyalah gurauan buat Cik B.

 

Sumber daripada: Twitter & Instagram

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM