Beng4ng Kisah Putus Tunang Masih Jadi Isu, Intan Najuwa Terkejut Nama Zul Ariffin Kena Petik

Sekitar Februari tahun lalu, pelakon Intan Najuwa dilihat seperti memberi teka teki kepada pengikutnya apabila beliau dikatakan telah putus tunang tetapi tidak lama kemudian pada Januari lalu pula beliau seperti memberi bayangan sudah berbaik semula bersama dengan bek4s tunangnya itu.

Namun muncul pula satu berita yang kononnya pelakon kacak Zul Ariffin ‘bertanggungjawab’ atas apa yang terjadi.

Ada beberapa gosip liar mengatakan Zul telah menjadi punca keret4kan hubungan itu selepas mereka berdua digandingkan di dalam drama Setelah Aku Dimiliki.

Terkejut dengan perkara itu, Intan telah memuat naik dua Instagram story berkaitan isu tersebut dan beliau turut menafikan perkara itu.

Difahamkan semua ini berlaku selepas Intan memuat naik Instagram story jawapan Ask Me Question yang ditanyakan oleh pengikutnya.

Dalam masa yang sama, Intan turut berasa kesal apabila cerita mengenai putvs tunangnya masih lagi menjadi perhatian ramai.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja lah dan paling penting sekali, jangan pernah sebarkan berita yang tidak sahih kepada umum!

Sumber foto: Instagram Intan Najuwa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM