“Adik Cakap Nak Kahwin, Kakak Jalan Dulu” Ini Reaksi Warganet Bila Noor Nabila ‘Car4s Majlis’ Neelofa

Selepas berita bekas pengacara terkenal, Noor Neelofa yang telah bertunang dan dirisik oleh PU Riz pada sekitar awal November lalu, mereka dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun ini.

Namun nampaknya kita semua digemparkan pula dengan berita gembira apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila terlebih dahulu mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka pilihannya iaitu Engku Emran pada awal pagi 19 Mac.

Berita tersebut membuatkan ramai warganet agak terkejut kerana selama ini mereka menantikan majlis antara Neelofa dan PU Riz, tetapi tidak sangka pula si kakak yang kahwin dulu sebelum adik.

Kini di laman Twitter, ramai warganet sedang menyebut tentang majlis tersebut dan ada juga antara mereka yang masih lagi menantikan berita untuk majlis Neelofa bersama dengan PU Riz.

 

Amboi, bukan main terkejut ya netizen ni.

Tak mengapa lah mungkin Neelofa bagi laluan dekat Nabila dulu, mana tahu lepas ni beliau menyusul pula ke?

Sumber foto: Carian Twitter dan Instagram Noor Nabila

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM