Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan

Mengumumkan kelahiran bayi perempuan pada 12 Februari 2021, para peminat menjadi teruja untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut mengenai anak kedua pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari itu.

Baru sahaja mendedahkan wajah bayi comel tersebut, bagaimanapun namanya masuk belum dihebahkan dan sekadar digelar ‘Baby L’.

Terbaharu pada 20 Februari 2021, Scha telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Memberitahu dirinya berada di hospital untuk pemeriksaan Baby L, foto itu menunjukkan Scha manis berkemeja kuning cair dipandankan dengan seluar denim.

Melalui caption:-

“First time out of the house for Little L

( and Mommy ….. 😜)”

Melihat penampilan terkini Scha itu, para peminat menghujani ruangan komen perkongsian tersebut.

Cantik betul Scha, badan pun nampak slim je.

Yang penting, beliau masih kuat untuk berjalan walaupun masih dalam tempoh pantang.

 

Sumber: Instagaram Scha Alyahya dan Awal Ashaari

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM