Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya berketurunan raja.

Siapakah selebriti tersebut? Hangat bawakan secara eksklusif 5 selebriti yang berketurunan diraja.

1. Anis Suraya dan Shawn Baharin

Pasangan adik beradik yang masing-masing terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul rapi dan Melodi hati ini sebenarnya merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Kali terakhir Anis Suraya atau nama sebenarnya adalah Tengku Ani Suraya Binti Tengku Sulaiman dilihat di pentas besar adalah pada tahun lepas sewaktu dijemput sebagai penyanyi jemputan Gegar Vaganza.

Manakala bagi Tengku Tengku Shamsul Bahrin bin Tengku Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Shawn Baharin tidak lagi menyanyi di Malaysia tetapi rezekinya telah tertulis di negara orang. Kalau pasangan adik beradik ini muncul di pentas Gegar Vaganza mesti terubat rindu kan?

2. Kuza , Kuna, Kuni

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Tengku Sariza Tengku Muzani(Kuza), Tengku Sariwani Tengku Muzani (Kuni), Tengku Sarina Tengku Mukhzani(Kuna) sebenarnya adalah adik-beradik. Mungkin ramai yang tidak perasan kerabat diraja kelantan ini sebenarnya adik beradik kerana agak susah untuk melihat mereka ini berlakon di dalam satu drama atau filem yang sama.

3. Datuk Seri Shah Rezza

Individu ini cukup dikenali di Malaysia terutamanya dalam hiburan. Jika dahulu beliau aktif berlakon sekitar 80-an kini Datuk Seri Shah Rezza aktif sebagai pereka yang cukup dihormati. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah merupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondanya manakala Perak disebelah Ayahandanya.

Bonda beliau, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VI. Datuk Seri Shah Rezza juga merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

4. Raja Azura

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku. Kepetahan dan gelagatnya yang mencuit hati pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur. Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

5. Sheera Iskandar

Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Lakonannya menerusi drama bersiri Janji Diana cukup meninggalkan kesan dan turut menaikkan nama beliau ketika itu.

Tidak sangka bukan? Selain senarai di atas, antara selebriti lain yang berketurunan raja adalah Tiara One In A Million, Raja Teh Umi Kalsom, Que Haidar, Aman Graseka dan Datin Nina Jureen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai