Kejadian salah faham memang sering berlaku dan tak dinafikan ia akan menjadi besar sekiranya tidak dijelaskan kepada mana-mana pihak yang berkenaan.
Tetapi macam mana pula kalau ada yang salah faham ingatkan seseorang wanita itu sedang hamil?
Itu la yang terjadi kepada pelakon cantik manis, Nora Danish apabila video baharu yang dimuat naik olehnya itu disalah ertikan oleh sesetengah peminatnya yang menyangka pelakon berusia 39 tahun itu sedang hamil.
View this post on Instagram
Video yang dimuat naik itu menyaksikan Nora sedang menunjukkan bentuk badannya di hadapan cermin sambil memegang perutnya buat beberapa saat, disebabkan itu ada peminat yang menganggap ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua.
Dalam masa yang sama, komen yang ditinggalkan oleh sesetengah peminat turut menyangka kononnya Ney Ney iaitu anak kedua Nora bakal mendapat adik.
Namun, seperti biasa Nora tidak membalas mana-mana komen yang ditinggalkan dan perkara tersebut turus menjadi buah mulut peminatnya.
Untuk makluman, Nora telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinannya pertama kali bersama dengan bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli dan suami terkini, Nedim Nazri.
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nora sekeluarga ya!
Sumber foto dan video: Instagram Nora Danish
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook