Makin ‘Mengg4nas’, Komen Erul Samah Ada Di Mana-Mana…

Nama Erul Samah mungkin asing bagi sesetegah orang tetapi jika anda mengikuti mana-mana sosial media selebriti atau portal hiburan tempatan, mesti anda akan terjumpa dengan komen Erul ini.

Boleh dikatakan dimana-mana sahaja kini anda akan ternampak komen daripada Erul yang juga merupakan penyanyi ini.

Beliau sering menjadi yang pertama meninggalkan komen di posting rakan selebriti atau mana-mana Instagram portal hiburan tempatan.

Erul mula dikenali selepas beliau memasuki program realiti Mentor pada tahun 2009 dan pernah membuka butik pakaian jenamanya sendiri.

Namun kini, penyanyi lagu Teristimewa itu kelihatan seperti sudah menjadi seorang personaliti media sosial selepas ramai berebut untuk menjadi yang pertama meninggalkan komen sebelum dirinya.

Mungkin dengan cara ini dapat menaikkan semula namanya dan pada yang tidak mengenali dirinya akan mula tertanya-tanya siapa agaknya Erul Samah ini.

Bagus ya cara marketing diri sendiri, lain daripada yang lain!

Semoga dengan cara ini akan membuatkan ramai lagi mengenali diri Erul Samah!

Sumber foto: Instagram

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM