Mahalnya! Intip Harga Baju Yang Dibeli Mas Khan

Pelakon dan usahawan Mas Khan antara selebriti yang sering kali dilihat gemar membeli beli-belah pelbagai barangan jenama mewah.

Beli Baju Louis Vuitton 

Menariknya, bukan hanya membeli untuk diri sendiri malah Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan,27 turut berbelanja buat orang disekelilingnya termasuk keluarga tercinta. Terbaru, menerusi hantaran di laman Insta-Story nya, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini dilihat membeli belah di sebuah butik mewah, Louis Vuitton di ibu negara.

Berharga RM4,250!

Dalam perkongsiannya itu, Mas Khan berkesempatan mencuba beberapa helai pakaian di butik itu sambil ditemani oleh ibu dan dan adik perempuannya. Tertarik pada tag harga baju yang dicubanya itu yang kelihatan pada hantaran Insta-story, ada diantaranya berharga RM4,250.

Selain itu, turut kelihatan beg berjenama sama yang dimiliki oleh Mas Khan bersama kapsyen meluahkan syukur kerana berjaya memberi ganjaran buat dirinya sendiri. Menerusi carian Murai.my mendapati harga bagi seutas beg tersebut juga mencecah ribuan ringgit.

Dalam perkembangan lain, Mas Khan turut dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang usahawan terkenal.

Bagaimanapun, pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai status sebenar dirinya bersama wanita itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai.MY