Ini 5 Koleksi Jam Tangan Selebriti Paling Mahal

Memilik barang yang berjenama kadangkala memberikan kepuasan kepada seseorang. Bagi sesetengan dari kita, memiliki barang berharga dan mewah akan meningkatkan lagi keyakinan diri.

Tapi tahukan anda, antara barang yang menjadi kegilai selebriti dan nama besar adalah koleksi jam tangan dan berikut merupakan 5 selebriti yang memilik jam tangan paling mahal di dunia menurut halaman Mirror.

Peninju Amir Khan – RM167,000

Peninju Amir Khan telah memberikan jam tangan Rolex kepada puteranya yang berumur 1 tahun bernilai RM167,000 sebagai hadiah sempena ulang tahun Muhammad yang pertama.

Amir membeli sendiri jam tangan Richard Mille RM 032 untuk anaknya itu dan mengharapkan anaknya akan memakai ketika dewasa nanti.

Pemain Bola Sepak Cristiano Ronaldo – RM5 Juta

Cristiano Ronaldo merupakan salah sorang yang memiliki jam tangan paling mahal. Menurut halaman Mirror, jam tangan Franck Muller milik pemain bola sepak ini beharga lebih 1 juta pound sterling ataupun lebih kurang 5 juta jika ditukarkan dalam ringgit Malaysia. Wow!

Penyanyi Rihanna – RM123,000


via VetoVanice

Dalam satu klip video Take A Bow, bintang pop Rihanna memakai jam tangan emas 18 karat Piaget yang bernilai RM123,000. Rihanna juga pernah dilihat memakai jam tangan Rolex bernilai RM50,000 dan Chopard Happy Sport, bernilai RM20,000.

Penyanyi Jay-Z and Beyoncé – RM19 Juta


via Oracle Time

Beyoncé pernah menghadiahkan suaminya Jay-Z jam tangan Hublot. Menurut halaman Mirror, dikatakan Beyonce telah menghabiskan lebih kurang 19 juta Ringgit Malaysia untuk jam tangan Hublot Big Bang yang dihiasi dengan 1300 berlian untuk koleksinya.

Peninju Floyd Mayweather – RM72 Juta


via Watchonista

Legenda peninju yang berusia 43 tahun ini adalah peminat berlian. Dia mengeluarkan lebih 72 juta Ringgit Malaysia untuk jam tangan Billionaire oleh Jacob & Co yang terbuat dari emas putih 18 karat bertatahkan berlian putih 260 karat.

Dapat dilihat, atas minat yang mendalam, wang ringgit bukanlah ukuran lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai