Buka ‘A1b Sendiri’, Demi Drama Mel4stik Ke Hatimu Andi Bernadee Terpaksa ‘Tinggikan Diri’

Dalam sesebuah karya drama atau filem, pastinya seorang pelakon akan cuba yang terbaik untuk menyampaikan lakonan mereka kepada penonton.

Begitu juga bagi penyanyi yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan iaitu Andi Bernadee.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Andi telah memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau terpaksa berdiri di atas sand bag bagi membuatkan dirinya lebih tinggi berbanding pelakon gandingan iaitu Janna Nick.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Seperti yang kita lihat, Andi sememangnya kelihatan ‘kurang ketinggian’ sewaktu digandingkan bersama dengan Janna menerusi drama Melastik Ke Hatimu.

Tetapi untuk menyempurnakan watak tersebut, pihak produksi telah mencari jalan alternatif yang lain bagi melengkapkan lagi lakonan berkenaan.

Ruangan komen posting tersebut turut terhibur dengan aksi Andi kerana beliau sendiri dengan rela hati membocorkan rahsianya.

Respect kepada Andi kerana sanggup ‘aibkan’ diri sendiri untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan drama pertamanya itu.

Jangan lupa saksikan drama Melastik Ke Hatimu di slot Lestary setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3!

Sumber foto dan video: Instagram Andi Bernadee

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot Fm