Buat Pusingan-U Secara Merb4haya, ‘Pensyarah’ Ini M4ki Dan Doakan Pemandu Lain Dij4ngkiti COV1D-19

Tidak semua pemandu kenderaan berhemah di jalan raya dan kebanyakan mereka lebih bersikap mementingkan diri sendiri serta tidak memikirkan soal keselamatan orang lain.

Terbaharu, tularnya sebuah perkongsian video dash cam daripada seorang pemandu menerusi muat naik di Twitter mengenai seorang pemandu wanita bergelar ‘Professor Doktor Madya’ yang disabitkan kesalahan kerana melakukan pusingan-U di kawasan yang tidak sepatutnya. Kejadian tersebut berlaku pada 9.36 pagi semalam.

Difahamkan, pemandu wanita itu melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembvng dengan sebuah kenderaan lain. Tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu, pemandu wanita tersebut meluru keluar dan kemudiannya beliau menyalahkan pula pemandu lain yang dikatakan menjadi punca kema4angan di tempat kejadian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VOCKET (@vocket)

Khabarnya, wanita tersebut merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Serdang. Tanpa segan dan malu, wanita tersebut berang dan memarahi seorang pemandu lelaki sambil mendoakan agar pemandu tersebut dij4ngkiti v1rus COV1D-19.

Tambah kec3wa, pensyarah tersebut melontarkan kata-kata k3sat kepada pemandu tersebut. Ini mencerminkan sikap yang tidak baik dan mampu mencemarkan nama baik universiti di mana tempat pemandu wanita ini mengajar.

Rata-rata netizen berpendapat kedua-dua pemandu tersebut bersalah dalam hal ini. Mana tidaknya, pemandu wanita tersebut melakukan pusingan-U yang boleh membawa kemalangan manakala pemandu lelaki berkenaan memandu kereta dengan laju sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan hospital.

Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan berharap anda semua mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: VOCKET