Badan Susut Selepas Bebas COV1D-19, Uqasha Senrose Puji Kamal Adli Semakin Kacak

Dalam diam selepas lama ‘menghilang’ daripada media sosial, akhirnya pelakon Kamal Adli muncul semula selepas beliau sendiri mengesahkan bahawa dirinya baru sahaja sembvh daripada v1rus COV1D-19.

Pelakon filem Abang Long Fadhil itu memberitahu bahawa beliau baru sahaja tamat tempoh kuar4ntin.

Dalam masa yang sama, beliau turut sudah memulakan pengambaran bagi drama terbaharu lakonannya.

Menerusi foto yang dikongsikan oleh Kamal sendiri, jelas menunjukkan bahawa badan beliau kelihatan susut sedikit berbanding sebelum ini.

Ramai pengikutnya menitipkan doa buat Kamal dengan harapan beliau dapat menjaga kesihatannya selepas ini.

Lebih menarik perhatian apabila kekasih Kamal sendiri iaitu Uqasha Senrose turut sempat meninggalkan komen pujian atas perubahan saiz badan pelakon tersebut.

Amboi, sempat juga Uqasha cucuk line sikit ya…

Terkejut juga dengar berita ni, tak sangka pula Kamal turut menjadi salah seorang pesak1t COV1D-19.

Apa pun harapnya Kamal baik-baik sahaja, lepas ni jaga diri okay!

Sumber foto: Instagram Kamal Adli

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM