[VIDEO] Bosan Kena Kuar4ntin, Geng Lelaki Sakan Buat Modelling Pakai Baju Ibu Bersalin

Menerusi satu perkongsian video TikTok gadis bernama Syahida, teman lelakinya adalah salah seorang yang terpaksa menjalani proses kuarantin di situ. Tetapi apa yang membuatkannya terhibur adalah pemuda tersebut serta penghuni lain sakan melakukan aktiviti ‘modelling‘, dengan masing-masing menggayakan baju untuk ibu bersalin. Siap ada yang sempat memperagakan fesyen dengan style tersendiri sambil melakukan catwalk.

Sama-sama kena kuarantin dekat Maeps..Masing-masing makin rapat

Selain mesra dengan frontliners, rata-rata yang menjalani tempoh kuarantin di sana turut rapat antara satu sama lain. Banyak lagi aktiviti lain turut dilakukan bersama-sama seperti sudah kenal rapat walaupun masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza.

Due semua bila ni? Kemain lagi ligat sorang-sorang..Jaga kandungan baik-baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian berkenaan. Mereka juga turut gembira melihat individu-individu dijangkiti itu terus positif melawan wabak tersebut. Selain itu, ramai juga berkesempatan mendoakan semoga masing-masing cepat sembuh dan dapat segera teruskan kehidupan.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber: TikTok Syahida 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://www.news.dekiwaketek.com/