“Mak pak hang pi mana!!!” – Budak Berbasikal Tengah Jalan Hingga Nyar1s D1langgar Kereta

Sudah menjadi tanggungjawab besar buat ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak terutama yang masih kecil supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang cuai dalam memberi perhatian penuh kepada anak-anak sehinggakan anak ‘hilang’ di depan mata pun masih lagi tidak sedar.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang kanak-kanak lelaki yang ‘sipi-sipi’ sahaja hendak d1langgar oleh sebuah kereta gara-gara bermain basikal di tengah jalan.

Parentsnya mana?

Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Changkat Jering, Pantai Remis, Perak pada pukul 4.25 petang, 2 Januari 2021.

Melalui rakaman dashcam pemilik kenderaan tersebut, dapai dilihat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 5 ke 6 tahun ‘galak’ berbasikal di tepi jalan sebelum secara tiba-tiba dia meluru pula ke tengah jalan.

Nasib baik sempat tekan brek

S4ksi yang memandu kereta di belakangnya nyaris-nyaris sahaja hendak melanggar kanak-kanak tersebut namun nasib baik sempat menekan brek kecem4san dan masuk ke laluan bertentangan.

Penunggang motosikal yang turut ternampak kejadian itu segera memberhentikan motosikalnya sebelum mengambil kanak-kanak itu ke tepi jalan untuk mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih perhatian netizen sehingga rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan tidak berpuas hati dengan kecuaian ibu bapa kanak-kanak itu.

“MAK PAK HG PI MANA!!! – Netizen

 

Take note ye ibu bapa yang lain. Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobak Merah