Kalau Satu Hari Nanti Saya C4cat, Ada Ke Orang Nak Ambil Berlakon?

Tidak mahu terlalu bergantvng nasib pada dunia lakonan semata-mata, pelako Saharul Ridzwan dilihat mula terjun dalam dunia perniagaan apatah lagi dia perlu menampung keluarga serta anak-anak yang kian membesar.

Saharul berkata dia perlu sediakan payung sebelum hujan memandangkan jangka h4yat hero tidak kekal lama dan perlu merancang masa depan sebaiknya selagi masih menjadi ‘hero’ pilihan.

“Saya terfikir kalau satu hari nanti secara tiba-tiba saya hilang mata, c4cat fizikal tubuh badan ke, masa itu ada ke orang nak ambil saya berlakon lagi.

“Waktu itu saya sudah tidak ada apa-apa lagi nak ‘dijual’ dalam industri seni. Itu yang menjentik hati saya untuk cebvri bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan.

“Lagipun saya sudah berkahwin dan ada anak-anak yang bakal bersekolah. Saya tak boleh fikir apa yang akan jadi pada keesokan hari. Saya kena fikirkan 10 atau 20 tahun akan datang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kini serius mencari peluang dan menceburi ilmu perniagaan bagi membuka empayar sendiri. Terdahulu, Saharul meluahkan rasa syukur meskipun ramai yang terjejas susulan pandemik C0v1d-19, namun tahun lalu pendapatannya bertambah dua kali ganda.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.mediaviral.bbn.my/