“Ak1bat Kecvaian KKM” Keluarga Kami Dijngkiti C0vid-19

Wanita mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anak dijangk1ti Cov1d-19 daripada suaminya.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian KKM memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya menyebabkan dia dan anaknya terdedah kepada wab4k itu.

“Suami saya dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika merawat suami saya.

“Kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal sebenarnya suami saya positif Cov1d-19.

“KKM mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya, kami di rumah pula terdedah kepada wab4k Cov1d-19,” katanya.

Menurutnya, susulan itu mereka sekeluarga membuat ujian saringan Cov1d-19 sebelum dimaklumkan positif ketika menjalani tempoh kuarantin.

“Kerana kesilapan KKM, mereka membahayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.

“Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar,” katanya.

Justeru, katanya, itu antara isu akan dibawa dalam pertemuan diaturkan KKM bagi membincangkan aduan rasminya.

“Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang.

“Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM,” katanya.

Dalam pada itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangkiti virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.

Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan Cov1d-19 selepas terdapat kes positif wab4k itu di wad didudukinya.

Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif Cov1d-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Harian Metro via @MOTIFVIRAL