Tu Lah, Nak Scam Orang Belajar Bagi Habis! Kesian Sc4mmer Ni ‘Disekolahkan’ Balik…

Isu scam orang ni bukan benda biasa dah kita dengar. Isu yang viral ‘Geng M4cau Sc4m’ tu pun orang tak habis cakap lagi, ni dah timbul pulak isu baru!

Baru-baru ni founder rempah Odeen Viral Cekyana, CekYana ada kongsikan status di Facebook nya tentang sc4mmer yang dikatakan seronok dok k4cau team CekYana ni.

Kau Dah Kenapa Dik?

Dari status Facebook yang CekYana kongsikan tu, awalnya memang dia sangat marah tentang sc4mmer yang mengganggu tu. Ye lah dikatakan sc4mmer tu kantoi tak tahu nak scam orang. Melalui perbualan WhatsApp yang kami baca, scammer tu menyamar jadi CekYana. Amboi kau dik, ber4ni nau yer…

Dan CekYana ada kongsikan perbualan WhatsApp antara dia dengan scammer tu. Kami kongsikan screenshot perbualan tu. Mendapat likes sehingga 2.3K, 1.1K komen dan 400 shares, kami pasti sc4mmer tu dah kecut perut dahtu! Anda usha lah sendiri…

Kalau anda nak baca lagi, anda klik jer posting Facebook CekYana kat SINI okay! Baru layan…Satu persatu anda boleh baca. Serius kelakar.

SC4MMER NAK SCAM TAPI TULAH BARU BELAJAR JADI SC4MMER

Cekyana ni baik memang baik tapi jangan kacau team cekyana lagi lagi kacau orang kuat cekyana ..

Hah cekyana ni bukan ape nak kata , jangan main main . ko cuit je mmg terangkat nanti .. Kita buat baik kita boleh sabar tapi touch orang yang kita jaga kita sayang .

Tengok malamni dia boleh tido lena tak..

Takpe cekyana minta jasa hampa nasihat lah budak ni . Dia ni budak lagi ni .. Tapi tak berjaya jadi sc4mmer ..

kalau ada location beliau bagitahu cekyana . Onthespot cekyana leh hantar orang mai datang ke rumah dia .. ?

sebelum cekyana femes cekyna da get ready banyak benda lg lg lawyer… Yela orang skrg kan mcm mcm ..??sediakan payung sblum hujan ?

esok ckyna bg cash ye..

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Selepas kejadian dah habis cekyana syak stress sebab nak cari duit .

Rezeki ni bukan manusia tentukan Allah yng tentukan tp kita da usaha? cari rezeki yang halal?

Semoga scammer ni berubah Amin Ya Mujib

Tak Jadi Mar4h?

Dah baca belum? Rasa kelakar lah pulak. Rasanya belum graduate lagi scammer ni. Junior kot. Kalau baca dari perbualan yang dia kongsikan memang nampak betul ‘budak’ lagi sc4mmer tu. BBNU lah katakan.

Tapi apa yang tersentuh hati kami, bila CekYana yang awalnya m4rah tapi banyak menasihati sc4mmer tu. Dan dengan baik hatinya dia sedekahkan duit kepada scammer tu. Alahai baik betul hati CekYana. Patutla rezeki CekYana tak putus-putus.

Yang paling pecah perut bila sc4mmer tu pulak rasa bersalah bila CekYana sedekahkan duit tu. Haa..baru termalu alah ye dok? Alahai lah dik. Keras perut pulak bila membacanya!

Itulah bila orang buat kejahatan pada kita jangan dibalas dengan kejahatan, tapi kita balas dengan kebaikan. Kan lebih baik mendoakan semoga orang itu boleh berubah. Kita pun tak tahu apa yang dia hadapi kan. Tapi tulah, bukan nak menyokong, ada banyak lagi cara yang dia boleh buat selain scam-scam orang ni!

Hah! Anda jangan pulak tetiba nak plan scam orang pulak. Kononnya nak dapat duit macam adik scam ni buat? Salah yer perbuatan ni. Ini cukup baik lah tak masuk lokap. Kang masuk lokap dah tak pepasal jadi sinetron episod beratus-ratus pulak.

So kesimpulannya kat sini, jangan buat benda yang boleh mengundang padah pada diri sendiri. Sc4mmer tu untunglah jumpa dengan CekYana, kalau jumpa orang lain tak tahulah nasib dia macam mana.

Kadang tak faham jugak budak-budak sekarang ni, ikut trend ke apa pun kami tak tahu. Mudah sangat terpengaruh. Ingat! Setiap tindakan yang anda buat ada baik dan buruknya. Semua terserah pada diri sendiri sama ada anda nak pengakhiran yang baik ataupun buruk. Tepuk dada tanya iman!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya