Shaheizy Sam Dilabel Punyai Budaya Bvruk Ketika ABPBH 33?

Penuh dengan kejutan, itulah gambaran yang dapat diberikan untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. Tahniah diucapkan kepada Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, dan beberapa barisan artis lain yang telah bekerja keras demi membina nama dalam kerjaya seni di Malaysia.

Selain keunikan tanpa penonton di lokasi, anugerah berprestij tersebut juga dimeriahkan dengan pelbagai fesyen selebriti tempatan yang pelbagai mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan pelakon Shaheizy Sam ketika menyampaikan trofi, yang dikatakan tidak sesuai untuk tontonan ramai.

Menurut portal, Public Health Malaysia, mereka sedih kerana budaya tidak elok dipertontonkan umum.

Sed1h sangat melihat budaya burvk dipromosikan sebegini. Bukan taka da ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tb. Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh terlepas dalam tayangan siaran langsung di TV.”

Ramai tidak berpuas hati dengan penampilan tersebut kerana khuatir ia mampu memberi pengaruh buruk kepada anak muda.

Apa pun, tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan anugerah yang unik kali ini pastinya akan diingati ramai.

 

 

Sumber: facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KOOL FM VIA HOT FM