“Nak baiki Payud4ra Dan Mata Pula…”- Safiey Ilias

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payvdara dengan anggaran kos RM32,000.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, pemb3dahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.

“Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ub4t bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.

“Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” katanya.

Menurut Safiey yang popular menerusi lagu Syinta G1la, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembed4han mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.

“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.

“Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

“Cuma, jikasaya lakukannya, bengk4k itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah,” katanya.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, Safiey mend3dahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggvng.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tak tahu nk tulis caption ape . Bz sikit 😂😂😂

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM