Rakan Artis Buat Ujian Saringan, Alif Satar Tak Putus-Putus Mohon Maaf

Susulan berita Alif Satar disahkan positif COV1D-19, mereka yang terlibat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) turut melakukan ujian saringan berikutan Alif merupakan peserta SFMM 35 pada hari pertama.

Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Cov1d-19 di Instagram mereka semalam adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Alif dilihat membuat permohonan maaf di ruangan komen setiap artis yang terpaksa melakukan swab test disebabkan menjadi kont4k rapatnya. Dalam pada itu, Alif turut mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan terhindar daripada wab4k tersebut.

Tidak menyalahkan Alif di atas apa yang berlaku, rata-rata rakan artis mendoakan agar Alif segera sembuh. Apa pun diharap Alif cepat pulih dan ahli keluarganya turut terhindar dari wabak berkenaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:ROTIKAYA