Pak Wan Alif dah sihat

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi berita gembira mengenai datuknya, Mohamad Che Noh yang sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dir4wat di Hospital Sungai Buloh akibat posit1f Covi1d-19. 

Dalam hantaran di Instagram (IG), Alif berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang memasuki kenderaan untuk pulang,  di samping memuji  kebesaran Allah. 

“Itu Pak Wan saya, pes4kit Cov1id-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!

“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar,” tulisnya. 

Dalam hantaran itu juga, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kesihatan datuknya. 

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan tempoh hari. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” tulisnya. 

Alif kini masih lagi berada di Melaka dan menjalani raw4tan selepas disahkan positif Cov1d-19 minggu lalu. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Pak Wan dir4wat di hospital bersama ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dij4ngkiti Cov1id-19 selepas disahkan posit1f pada Sabtu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM