Macam Mimpi! Umur Dah 54 Tahun Tapi Azwan Ali Masih ‘Dilamar’

Sebut sahaja nama Azwan Ali atau panggilan mesranya Diva AA, mesti korang teringat celoteh dan gayanya yang tersendiri. Meskipun sentiasa dikriti1k oleh segelintir pihak, namun semangatnya untuk terus berada di dalam industri tidak pernah luntur.

Terbaru, Azwan Ali berkongsi berita gembira kepada semua peminatnya bahawa dia akan kembali menjadi pengacara di kaca televisyen.

Ingat mereka silap hantar mesej

Memang terkejut dapat offer jadi host. Aku ingat mereka silap hantar mesej WhatsApp, ingat jadi artis jemputan tapi rupa-rupanya jadi pengacara. Lebih mengejutkan, aku akan mengacara bersama dengan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom. Dia seorang personaliti yang brilliant. Macam mimpi! Umur dah 54 tahun, tapi Alhamdulillah Allah SWT dah kata itu rezeki aku.

Menurut Azwan Ali, dia terharu kerana masih ada insan yang memberikan sokongan kepada dirinya dan nampak bakat yang dimiliki. Tambahnya lagi, meskipun dilantik sebagai pengacara silih berganti, dia tetap bersyukur kerana masih diberi peluang. Jelasnya, netizen juga masih ingat akan kemampuannya untuk mengacara.

Langkah drastik kembali sebagai pengacara

Pelbagai langkah-langkah yang drastik untuk kembali sebagai pengacara di kaca televisyen turut dilakukan oleh Azwan Ali.

Aku banyak bercakap dengan cermin dan berlatih, maklumlah dah lama sangat tak cakap ikut skrip. Dah dua minggu juga aku tak makan nasi. Aku pun pakai bengkung untuk pastikan nampak tegak dalam usia macam ni.

Di samping itu, dia menganggap tawaran untuk menjadi pengacara bersama dengan Elly Mazlein, seumpama mimpi buat dirinya. Azwan Ali, Elly Mazlein dan Michael Ang  akan digandingkan dalam program Lagu Cinta Kita Ke-2. Program ini bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 8 episod. Anda juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my.

Sumber: Astro Gempak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OHBULAN