“Kena R4suk Atas Stage Ke?”- Persembahan Nuha Bahrin Terima Pelbagai Komen

Semua penyanyi mempunyai bakat dan tahap kemahiran vokal yang berbeza-beza. Kebolehan mencapai nada tertentu pun tidak sama, ada yang boleh mencapai not tinggi soprano dan ada yang boleh mencapai not rendah. Lebih hebat jika seseorang penyanyi itu boleh menyanyi lebih dari 2 oktaf.

Itulah bakat yang dimiliki penyanyi baru, Nuha Bahrin yang pernah membanggakan ramai apabila video cover dia menyanyikan  lagu Hurt oleh Christina Aguilera meraih tumpuan ramai.

Malah Aguilera sendiri yang merupakan seorang penyanyi soprano dengan lingkungan suara sebanyak 4 oktaf berkongsi semula video cover Nuha, kagum dengan bakat yang dimiliki gadis muda itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CHRISTINA AGUILERA noticed me you guys i am dyingggg 😭❤️ thank you thank you thank youuuu @xtina ❤️❤️

A post shared by Nuha Bahrin (@nuha_bahrin) on

Namun lain pula yang jadi di konsert Vokal Mania beberapa hari lalu apabila penyanyi itu dikatakan overperform atau terlampau berlebih-lebih melontarkan suaranya ketika melakukan persembahan.

Beberapa rakaman persembahan Nuha Bahrin tular di Twitter, dengan netizen memberikan pelbagai komen mengkritik cara nyanyiannya. Berikut adalah antara posting dan komen-komen dari netizen.

“Kena rasvk atas stage ke…”

“bila kau show off lebih sangat, dia jadi macam tonton gimnastik…”

“Tau lah Hallow3en…”

“mer4pu dan bertentangan dengan hukvm alam…”

“Banyak sangat not tinggi buat i pening…”

“Dah dua2 nak jerit, bila nak harmoni…”

“Betul la ajai cakap…”

Sementara itu anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami sediakan di bawah ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: GCL