“Jangan Senyum-Senyum Tengok Laki Saya,” Mimi Lana Diberi Am4ran!

Pelakon berbakat Mimi Lana bukan sahaja aktif di set penggambaran, malah kerap memuat naik foto terbaharu dan berkongsi video rutin harian selain mempromosi drama yang dilakonkan di laman sosial.

Rata-rata selebriti tanah air juga berbuat demikian dan ia pastinya bagi mendekatkan diri mereka dengan peminat.

Namun baru-baru ini, Mimi Lana telah memuat naik sebuah video dan terdapat cerita yang ditulis menerusi kapsyen:-

Jelasnya sewaktu pergi ke kedai untuk makan, terdapat seorang wanita yang duduk berhampirannya bersama dengan suami wanita berkenaan.

Wanita tersebut pada mulanya memberikan senyuman kepadanya dan menjadi seorang selebriti yang peramah, Mimi turut melebarkan senyuman kembali kepadanya.

Namun sebelum wanita tersebut pulang dan meninggalkan kedai berkenaan, beliau sempat memberikan amaran buat pelakon jelita itu:-

“Jangan senyum senyum tengok suami saya, cukup cukup la tengok laki mona tu.”

Terkedu pelakon berkenaan mendengar teguran wanita terbabit, namun ia mungkin gurauan daripada seorang peminat yang menonton drama Hati Yang Tersakiti lakonan Mimi.

EdisiViral : Hati Yang Tersakiti Versi Melayu The World Of The Married?

Untuk pengetahuan ramai, drama yang diarahkan oleh Feroz Kadir itu masih lagi ditayangkan dari hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam menerusi saluran TV3.

 

Sumber daripada: Instagram Mimi Lana

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber. Hot Fm